BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Permuafakatan PH-BN di Perak telah merintis jalan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan

116

25 November 2022 – Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda, AMANAH Negeri Perak, Khairol Najib Hashim berkata Pemuda AMANAH Negeri Perak juga ingin menzahirkan junjungan kasih kami kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah atas perkenan baginda melantik Dato’ Saarani bin Mohamad sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu.

“Permuafakatan PH-BN di Negeri Perak ini telah merintis jalan dalam pembentukan kerajaan persekutuan pada hari ini. Ianya bermula di negeri bertuah ini iaitu Perak Darul Ridzuan.

Menginsafi bahawa kepimpinan itu satu tanggungjawab yang berat, Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin mengingatkan kepada semua bahawa cabaran kerajaan yang telah dibentuk di peringkat persekutuan mahupun Negeri Perak adalah soal mengisi kemenangan terutama dalam mengukuhkan kerajaan, menolak sentimen perkauman dan pengukuhan ekonomi rakyat terbanyak.

Setelah berhempas-pulas dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 dan menunggu pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri, kini masanya untuk kembali kepada medan muafakat demi membina negara Malaysia dan Negeri Perak yang kita cintai ini. Pemuda AMANAH Negeri Perak menggesa permainan politik perkauman sempit harus dipadam serta merta dan terus bergerak ke hadapan dengan politik idea dan politik akhlak untuk membangun negara dan negeri. Bak kata pepatah, biduk berlalu kiambang bertaut.” kata Khairol.

Tambahnya, episod-episod yang telah dilalui ini merupakan suatu proses kematangan dalam politik dan demokrasi di Malaysia. Ianya tersimpan hikmah dan pengajaran bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Lagi Mengenai Politik :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...