AM

Cuti Isnin : Majikan dikehendaki berbincang dengan pekerja – KSM

91

PUTRAJAYA, 25 November 2022 – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan bahawa berhubung dengan pengumuman hari Isnin, 28 November 2022 sebagai cuti umum, majikan boleh memberikan cuti pada hari Isnin, bertarikh 28 November 2022 atau majikan boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti cuti umum bergaji kepada pekerja.

Menurut KSM dalam satu kenyataan hari ini, majikan dikehendaki berbincang dengan pekerja mereka sama ada memilih tarikh tersebut sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh yang lain.

“Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada tarikh tersebut layak menerima kadar gaji bagi cuti umum. Kementerian menggesa majikan untuk memenuhi pemberian hari cuti umum tambahan tersebut kepada para pekerja.” kata KSM.

Pada Khamis, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengisytiharkan cuti umum pada hari Isnin, 28 November 2022.

Cuti tersebut telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang juga merupakan cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja di sektor swasta menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955.

 

Lagi Berita Am :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...