BM @ MY LNAFesyen @ My LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO

502

23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.

Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara serantau tersebut akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand.

“Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.

Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai sosio-budaya Kebaya dari generasi ke generasi. Sehubungan itu, Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk mencalonkan Kebaya secara bersama kerana ia mewakili dan meraikan kekayaan warisan bersama, menggalakkan pemahaman silang budaya agar ia terus kekal diamalkan oleh pelbagai komuniti di seluruh Asia Tenggara.

Semua negara tersebut telah berbincang dan bersetuju untuk bekerjasama bagi pencalonan bersama Kebaya, memandangkan ianya adalah warisan bersama yang diamalkan di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ini merupakan peluang yang baik untuk mempromosi serta meraikan warisan bersama yang wujud di rantau ini.” kata MOTAC.

Tambah MOTAC, Bengkel Penyediaan Borang Pencalonan Kebaya ke UNESCO telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2022 di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk menyediakan dossier pencalonan yang melibatkan wakil negara-negara tersebut.

“Penyerahan dokumen pencalonan oleh semua negara dijadualkan pada penghujung bulan Mac 2023 untuk proses inskripsi pada tahun berikutnya, sekiranya pencalonan ini berjaya. Negara-negara yang terlibat dalam proses ini mengalu-alukan penglibatan negara serantau yang lain untuk menyertai pencalonan bersama ini.

UNESCO di bawah Konvensyen 2003 bagi melindungi warisan kebudayaan tidak ketara amat menitikberatkan pencalonan secara bersama untuk menjadikan budaya sebagai platform persefahaman dan dialog bersama, sekali gus menjadikan proses penyenaraian sebagai peluang untuk kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.” kata MOTAC.

 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...