BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNA

BIKE8 Cup International Pushbike Championship 2022 Tampil Di Velodrome Nasional, Nilai Buat Pertama Kali

301

NILAI, 22 November 2022 – BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022 yang merupakan perlumbaan ‘pushbike’ bertaraf antarabangsa bakal menggegarkan Velodrome Nasional Negara pada 26 dan 27 November ini. Sukan ‘pushbike’ adalah sukan baharu di Malaysia yang semakin dikenali ramai. Lazimnya, aktiviti berbasikal ini mampu membentuk perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak. Walaupun masih baharu, sukan ini mempunyai kelabnya tersendiri sehingga boleh menganjurkan pelbagai acara pertandingan ‘pushbike’ di dalam dan luar negara.

“Konsep pushbike adalah sukan untuk anak-anak yang berusia dari dua hingga sembilan tahun. Permulaan anak-anak bagi bidang sukan adalah dalam arena pushbike kerana untuk mencari sukan yang bersesuaian bagi peringkat usia sedemikian adalah sukar. Pushbike adalah permulaan yang baik bagi permulaan sukan bagi kanak-kanak,” kata ketua penganjur Dato’ Sri Wan Mohd Muzri bin Ramli, yang juga merupakan President The M8 Cycling Club.

Ekslusif untuk pengguna BIKE8 dan ROCKFISH, ia akan diadakan di kawasan infield di dalam Veldrome Nasional Nilai, di mana acara ini bakal menampilkan perlumbaan pushbike yang akan berlangsung pada Sabtu iaitu trek race (26 November 2022), manakala pada Ahad  bagi acara drag race (27 November 2022). Sebanyak 11 kategori akan dipertandingkan pada hari Sabtu manakala 8 kategori bagi perlumbaan pada hari Ahad.

Pertandingan  ini turut disertai pelumba dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam yang dijangka akan memberi saingan kepada pelumba tempatan,  di samping dapat mempromosikan sukan pushbike Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ini sekali gus menjanjikan pentas persaingan hebat dalam kalangan pelumba antarabangsa yang bakal   menampilkan aksi-aksi mendebarkan dan menghiburkan buat para penonton.

Selain trofi, hadiah berupa wang tunai, produk UFL, dan jersi Hopbit turut disediakan bagi lapan pemenang utama  setiap kategori yang telah dipertandingkan. Para peserta juga layak untuk mendapat cabutan bertuah berjumlah RM10,000.00. Orang ramai dijemput hadir ke Velodrome Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, malah acara ini juga bakal disiarkan secara langsung melalui Malaysia Hari Ini, TV3 dan Facebook Live.

“Pihak kami akan memberikan butiran terperinci tentang tentatif dan senarai nama peserta yang akan bertanding dari masa ke masa. Untuk maklumat terkini dan butiran terperinci  mengenai  pertandingan BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022,  sila layari laman Facebook dan  Instagram Bike8 Malaysia ,” tambah Dato’ Sri Wan Mohd Muzri.

Ditubuhkan pada 2022, The M8 Cycling Club dipelopori oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang bermain pushbike bagi membentuk semangat kesukanan kepada anak-anak ini, yang mahu melihat sukan pushbike ini berkembang maju dengan menganjurkan pelbagai pertandingan serta klinik pushbike bagi memperkenalkan sukan ini kepada umum.

Bermula dengan penganjuran di peringkat  antarabangsa yang berlangsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada 30 dan 31 Julai 2022 yang lalu, sekali lagi The M8 Cycling Club mengorak langkah lebih jauh dengan pertama kalinya mengadakan pertandingan pushbike di dalam kawasan infield Velodrome Nasional, Nilai, Negeri Sembilan ini yang merupakan salah satu tempat berprestij di Malaysia bagi melahirkan bakal atlet negara dalam sukan berbasikal ini.

Diiktiraf oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, pertandingan BIKE8 CUP INTERNATIONAL PUSHBIKE CHAMPIONSHIP 2022 ini turut disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Majlis Sukan Negara, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia, Negeri Sembilan Darul Khusus, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Selain daripada itu juga, penaja utama bagi pertandingan ini adalah dari Bike8 Malaysia, Rockfish Malaysia, Karyaseni, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Dawud Teh. Hopbit Jersey dan disokong oleh Tourism Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNApenternakan @ My LNA

DVS tubuh task force kesan ladang-ladang ternakan tidak diketahui punca bekalan

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sedang menangani isu...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...