BM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Hantec Financial membuka peluang perdagangan global untuk Pasaran Malaysia

42

HONG KONG, 22 November 2022 – Hantec Financial ialah sebuah jenama yang pernah memenangi anugerah dan bernaung bawah Hantec Group. Diasaskan di Hong Kong, kumpulan ini kini secara rasminya telah mengumumkan pengembangan globalnya ke Malaysia. Hantec Financial bakal menawarkan perkhidmatan kewangan termaju kepada pelanggannya, yang sekaligus bakal membuka ruang kepada peluang dagangan global baharu.

Dikawal selia secara global dan menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan
Hantec dengan pengalaman lebih 30 tahun dan diberi kuasa dengan 12 lesen pengawalseliaan, sentiasa meneroka peluang untuk mengembangkan perniagaannya ke pasaran baharu. Kumpulan ini kini berada di 19 buah bandar di 14 buah negara di seluruh dunia. Ini termasuk Greater China, Thailand, Vietnam, Jepun, Australia, UK, Eropah, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika dan lain-lain. Hantec juga menawarkan pelbagai aset kewangan termasuk forex, CFD, komoditi, indeks dan saham AS dengan spread dan leverage yang kompetitif.

Jenama yang boleh dipercayai untuk memastikan keselamatan dana dan perdagangan yang selamat
Hantec Financial sebagai penyedia perkhidmatan kewangan yang dipercayai percaya pada kuasa teknologi untuk melindungi aset pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan. Kumpulan ini juga terus mengoptimumkan platformnya dengan mengikuti perubahan dalam pasaran dan menyesuaikan diri dengan keutamaan pelabur.

Pasukan ini telah memperoleh pensijilan antarabangsa ISO 27001 dan ISO 20000. Ini memastikan Hantec Financial dapat memenuhi tahap keselamatan antarabangsa yang teguh dalam melindungi aset pelanggan dan menawarkan pengalaman perdagangan yang lancar, stabil dan selamat untuk para pelabur.

Hantec Financial berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan profesional setempat untuk semua
Pada tahun 2022, Fxdailyinfo.com menganugerahkan Hantec Financial sebagai “Broker Forex Terbaik APAC” di Anugerah Broker 2022 bagi mengiktiraf perkhidmatan profesional dan kewangan yang cemerlang. Hantec Financial mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menyediakan perkhidmatan pelaburan berkualiti tinggi untuk semua, termasuk Malaysia.

Memandang ke hadapan, Hantec Financial berhasrat untuk terus memperluas ke pasaran Asia Tenggara dan Afrika demi menawarkan lebih banyak peluang dagangan antarabangsa kepada pelanggannya yang dihargai. Syarikat itu juga akan merangka pendekatan yang mesra setempat dengan mewujudkan pasukan tempatan dan menyepadukan budaya tempatan ke dalam operasinya, untuk memberi perkhidmatan kepada pelabur dan pelanggan dari seluruh dunia.

Lagi Berita Ekonomi :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...