Home AM <strong>Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali Selesai Tunai Tanggungjawab</strong>
AMKHASPRU15

Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali Selesai Tunai Tanggungjawab

MELAKA 19 November 2022 – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P137 Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Hussin, Bukit Katil kira-kira jam 9.17 pagi tadi.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Katil tiba di pusat mengundi berkenaan pada jam 8.50 pagi bersama isteri, Datin Dr Nur Azieha Mohd Ali dengan memakai baju berwarna biru sedondon.

Turut mengundi di lokasi yang sama adalah adik perempuan beliau, Wan Nadzirah Mohd Ali bersama suami Nor Azri Othman.

Ridhwan sempat melambai mesra kepada pengundi yang hadir ke pusat pengundian itu sebelum melaksanakan tanggungjawabnya mengundi bagi kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya.

Untuk rekod, Parlimen Hang Tuah Jaya yang mempunyai seramai 118,493 pengundi bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Ridhwan yang juga calon nombor tiga, bakal ditentang calon dari Pakatan Harapan (PH), Adam Ali Abd Halim, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Azrudin Md Idris dan calon Pejuang, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMCOVID-19

COVID-19 : Kes sembuh meningkat

1 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha...

AM

Hujan lebat dijangka bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung

30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur...