Home AM PM Umum Cuti 18 dan 19 November, Tol Percuma dan Gaji Penjawat Awam diawalkan
AMKHASPRU15

PM Umum Cuti 18 dan 19 November, Tol Percuma dan Gaji Penjawat Awam diawalkan

14 November 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ismail Sabri, berkata ia bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. Pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

Di samping itu belia turut mengumumkan tawaran tol percuma oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya pada 18 dan 19 November ini bersempena Pilihanraya Umum ke 15 (PRU 15).

Tol percuma itu bermula pada jam 12.01 tengah malam pada 18 November sehingga jam 11.59 malam 19 November. 

Ismail Sabri turut mengumumkan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam diawalkan pada 17 November ini  dan bagi pesara pula, bayaran pencen adalah pada 14 November.

Beliau membuat pengumuman-pengumuman terebut sewaktu hadir merasmikan pecah tanah Wisma Cuepacs di Putrajaya , pada petang tadi.  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat turut hadir pada majlis itu.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMCOVID-19

COVID-19 : Kes sembuh meningkat

1 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha...

AM

Hujan lebat dijangka bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung

30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur...