Home KHAS DPPMS Kecewa Dengan Pembangunan Di Selangor
KHASPolitikPRU15

DPPMS Kecewa Dengan Pembangunan Di Selangor

PUNCAK ALAM, 14 November 2022 – Tan Sri Rozali Ismail yang juga merupakan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Selangor (DPPMS) melahirkan rasa kecewa dengan pembangunan yang berlaku sejak 10 tahun lalu.

Perkara itu di luahkan beliau ketika sesi sidang media selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas DPPMS yang di adakan di Wisma Rozali, Shah Alam hari ini.

“Saya merasa cukup terkilan dengan kemajuan serta infrastruktur Shah Alam khususnya apatah lagi ianya melibatkan peniaga dan pemain industri di sini, meskipun telah mendapat status sebagai Bandaraya namun ianya tidak mencerminkan  imej sepertimana Melaka, Johor Baharu dan sebagainya”, ujar beliau.

“Apatah lagi  ianya mencakupi lanskap yang tidak sempurna contohnya keadaan bangunan yang tidak diselia dengan baik, keadaan sekitar yang penuh dengan sampah sarap”, tambahnya

Jelasnya, lanskap sebagai sebuah bandaraya seharusnya di jaga dengan sempurna, ianya termasuklah jalan raya, sistem pengaliran dan perparitan agar ianya menjadi nadi serta pemangkin ekonomi negeri Selangor.

“ Saya tinggal di Shah Alam sejak sekian lama, kejadian banjir yang menenggelamkan stadium baru-baru ini merupakan detik sejarah yang tidak wajar di lupakan”

“Lebih mengecewakan tiada polisi yang bernas untuk peniaga kecil dan sederhana serta pemain industri di Selangor untuk terus maju dan berdaya saing dengan negeri lain”.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada inisiatif daripada kerajaan negeri untuk memperbaiki jalanraya, penambahbaikan masalah ketiadaan air dan juga elektrik.  3 faktor utama yang mampu menarik pelabur untuk melabur di Selangor.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru seluruh rakyat Selangor untuk mengubah kerajaan kini kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi mengembalikan kegemilangan Selangor yang pernah di kecapi sebelum ini.

Isu yang sama turut dipersetujui oleh Hizatul Isham Abdul Jalil yang juga merupakan calon BN  P.108 bagi Shah Alam.  Beliau beriltizam untuk  menyelesaikan Masalah parit dan air, kesulitan sosioekonomi dan kecekapan urus tadbir kerajaan sekiranya diberikan mandat pada PRU ke 15 nanti.

Foto-foto oleh Azuddin 

 

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...