Politik @ My LNAPRU15

Pengundi Melayu akan pilih calon Melayu DAP kerana prestasi

62

KUALA LUMPUR, 12 November 2022 – Calon-calon PRU15 Melayu dari parti DAP semalam iaitu Zulhazmi Shariff (Jerai), Khairil Khalid (Pulau Manis), Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera), Tarmizi Mohd Jam (Gerik), Young Syefura Othman (Bentong), Syahredzan Johan (Bangi), Sheikh Omar (Ayer Hitam), Fatin Zulaikha Zaidi (Mersing) dan Shazwan Zdainal (Pontian) mengeluarkan kenyataan bersama berkata bahawa Presiden PAS Hadi Awang perlu sedar bahawa rakyat Malaysia tidak lagi memilih wakil rakyat mereka hanya berdasarkan kaum dan agama calon yang bertanding.

Kata mereka, pengundi Melayu Islam akan memilih calon Melayu daripada DAP bukan hanya kerana mereka Melayu Islam sebaliknya berdasarkan prestasi dan khidmat wakil-wakil rakyat DAP.

“Hadi Awang terus memandang rendah keupayaan berfikir pengundi Melayu Islam dalam memilih pemimpin dan wakil rakyat mereka. Hadi Awang turut merendahkan tokoh pemimpin Melayu Islam yang bukan sahaja dipandang tinggi di Malaysia malah di peringkat dunia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang boleh dipergunakan oleh pihak lain.

Ramai sudah sedar bahawa parti yang menunggang sentimen Melayu dan Islam bagi meraih undi adalah PAS dan parti-parti sekutu mereka. Pandangan singkat mereka menyebabkan mereka hanya tahu menggunakan sentimen kaum dan agama untuk memenangi pilihan raya berbanding mengemukakan calon yang berkaliber dan menengahkan polisi yang baik bagi menyelesaikan masalah rakyat seperti DAP dan Pakatan Harapan.

Walaupun DAP tidak banyak bertembung dengan calon daripada PAS, PAS terus merasakan bahawa DAP adalah seteru politik utama mereka. Mungkin Presiden PAS itu dapat melihat gelombang sokongan pengundi kepada DAP dan Pakatan Harapan yang memungkinkan mereka hilang kuasa dan jawatan yang sudah beraja di hati mereka.” kata mereka.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...