Home KHAS “Kata Janji SB” Manisfesto Khairy Jamaluddin
KHASPolitikPRU15

“Kata Janji SB” Manisfesto Khairy Jamaluddin

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menggariskan empat kata janji dalam manifestonya untuk ditunaikan kepada pengundi di kawasan itu sekiranya beliau di beri mandat.

Empat kata janji itu merangkumi elemen Sejahtera Sungai Buloh, Digital Sungai Buloh, Sihat Sungai Buloh dan Lestari Sungai Buloh.

Antara perkara yang ditekankan beliau dalam mensejahterakan Sungai Buloh ialah mewujudkan dua Pusat Khidmat Ahli Parlimen iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan di DUN Kota Damansara.

Khairi Jamaluddin di hari penamaan calon pada 5 November lepas. Jurufoto Rahim

Selain itu, beliau mahu memperkukuhkan program bantuan kebajikan menerusi kerjasama badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) serta memperkasa peranan persatuan penduduk dan badan pengurusan bersama (JMB) dalam penyelesaian isu di kawasan perumahan.

Beliau juga mahu melaksanakan projek mitigasi banjir menerusi naik taraf sistem saliran dan mendalamkan sistem perparitan.

Selain itu beliau juga mahu memperluaskan jaringan pengangkutan ‘first mile’ dan ‘last mile’ antara kawasan perumahan dengan stesen kereta api dalam Sungai Buloh menerusi kerjasama syarikat pengendali perkhidmatan pengangkutan awam serta mewujudkan Pusat Komuniti Sungai Buloh.

Bagi Digital Sungai Buloh pula, beliau mahu pelaksanaan sistem pemantauan secara dalam talian bagi aduan dan cadangan yang diterima oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen.

Beliau juga berhasrat untuk memperluaskan capaian Internet 5G di seluruh Parlimen Sungai Buloh dan melaksanakan program tuisyen dalam talian kepada murid tahun peperiksaan.

Beliau turut merancang memperkasakan perdagangan secara tanpa tunai terutamanya membabitkan peniaga kecil dan menyediakan bengkel perniagaan digital dan kemudahan Internet untuk masyarakat Orang Asli selain Program Digital Learning untuk mengasah bakat dengan Google.

Menyentuh mengenai Sihat Sungai Buloh pula, Khairy mahu memperluaskan akses saringan kesihatan PeKa B40 menerusi penambahan klinik panel di seluruh kawasan itu

Selain itu, beliau mahu melaksanakan projek naik taraf infrastruktur dan tambah baik kelengkapan peralatan di fasiliti kesihatan kerajaan di Sungai Buloh.

Pada masa sama, beliau mahu menjalankan Projek Pembangunan Hospital Sungai Buloh sebagai Institut Kawalan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (National Institute for Infectious Disease Control, NIIDC).

Program #FitSungaiBuloh di peringkat komuniti secara berkala dan mewujudkan perkhidmatan sokongan populasi menua dan perkhidmatan perawatan domisiliari selain memperluaskan akses bagi perkhidmatan serta sokongan dialisis.

Dari aspek Lestari Sungai Buloh pula, beliau mahu mengadakan Program Kesedaran Persediaan Bencana-penyediaan kit bencana, prosedur operasi standard (SOP) dan Pusat Pengurusan Bencana.

Beliau juga mahu mewujudkan konsep Gardens by Sungai Buloh selain memberi penekanan terhadap penggunaan sumber boleh diperbaharui.

Program Pembangunan Pertanian Bandar untuk menjadikan Sungai Buloh sebagai hab galakan pertanian bandar seperti aeroponics antara yang ditekankan dalam segmen itu.

Menerusi manifesto tersebut, Khairy turut menggariskan enam elemen sebagai visi serta impian beliau dalam usaha membina Malaysia yang maju dan terkedepan dalam segala aspek kesejahteraan kehidupan.

Elemen yang diketengahkan dalam misi dan impian beliau  adalah kesihatan dan kesejahteraan; perubahan iklim, pendidikan; teknologi dan inovasi; kebajikan dan komuniti serta ekonomi.

Antara isu yang diberi penekanan dalam elemen kesihatan dan kesejahteraan adalah 10 juta rakyat Malaysia kekal sihat bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Bagi aspek pendidikan pula, beliau mahu penambahbaikan kurikulum pendidikan yang mendepani cabaran masa hadapan, manakala elemen perubahan iklim merangkumi hasrat menjadikan Malaysia Bebas Karbon 2050.

Dari aspek teknologi dan inovasi pula, beliau mahu meningkatkan perbelanjaan untuk penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy, R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

 

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...