KUALA LUMPUR, 12 November 2022 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), operator perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang, kini sedang giat menjalankan ujian-ujian lanjutan menyeluruh bagi memastikan kestabilan sistem sebelum mengambil keputusan untuk membuka semula perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.
Ujian pergerakan tren yang telah dimulakan semenjak 9 November masih lagi berjalan. Pergerakan tren merangkumi keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya, melibatkan 38 buah tren, telah dijalankan selama dua hari berturut-turut dan setakat ini pemerhatian ke atas sistem-sistem kritikal keselamatan adalah stabil.
Ujian lanjutan yang juga melibatkan 38 tren akan diteruskan lagi bermula jam 11 malam ini sehingga jam 5 pagi.
Selain itu, ujian terperinci ke atas sistem persemboyanan dan komunikasi juga turut dijalankan.
Ujian-ujian ini adalah penting dalam menentukan kestabilan serta keboleharapan, sebelum sebarang keputusan untuk membuka sepenuhnya LRT Laluan Kelana Jaya boleh dibuat.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hanya akan dibuka kepada orang ramai setelah ujian-ujian yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang gangguan kepada sistem kritikal keselamatan, dan lulus penilaian oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment