Home Ekonomi Pertumbuhan KDNK Meningkat, Tengku Zafrul Berpuas Hati
EkonomiKHAS

Pertumbuhan KDNK Meningkat, Tengku Zafrul Berpuas Hati

KUALA SELANGOR, 11 November 2022 – Pertumbuhan ekonomi negara meningkat apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai pertumbuhan 14.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpuas hati, meskipun ianya menunjukkan peningkatan namun beliau mengakui masih banyak usaha yang perlu dilakukan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19 selama dua tahun.

“Saya berpuas hati tetapi banyak lagi kerja yang perlu dilakukan untuk bantu ekonomi rakyat, meskipun KDNK meningkat 14.2 peratus ini bermakna banyak dasar yang dibuat semasa krisis Covid-19 adalah tepat dan telah membuahkan hasil”, ujarnya ketika ditemui media di Kampung Ijok, Kuala Selangor hari ini.

“Bagi sembilan bulan pertama 2022, ekonomi kita meningkat 9.3 peratus, pertumbuhan sembilan bulan tertinggi sejak 2000, atau lebih dua dekad yang lalu”, tambahnya.

Sebelum ini Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus mengumumkan KDNK bagi suku ketiga 2022 mencapai pertumbuhan 14.2 peratus, di mana ianya lebih kukuh berbanding 8.9 peratus yang dicatat pada suku kedua 2022.

 Zafrul turut memberitahu bahawa pakej rangsangan dan sokongan semasa pandemik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM530 bilion terbukti berjaya membantu rakyat dan perniagaan tempatan.

“Ini tak termasuk Bajet 2021 dan 2022, yang bernilai keseluruhan lebih RM654 bilion.  Bukan senang mengurus ekonomi waktu pandemik disebabkan ruang fiskal yang sempit. Kita laksanakan banyak dasar yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara sebelum ini, seperti moratorium bersasar dan pengeluaran KWSP,” jelasnya.

Tengku Zafrul mengakui beliau perlu mengimbangi keperluan antara menyelamatkan nyawa atau punca rezeki rakyat dan ekonomi.

“Alhamdulillah, pencapaian KDNK ini membuktikan banyak keputusan yang dibuat adalah betul.  Kita perlu bekerja lebih keras sekarang untuk memastikan rakyat boleh hidup dengan lebih selesa, terutamanya apabila ekonomi dunia dijangka perlahan tahun depan,”

 “Oleh kerana itu, pengangguran pun sudah kurang kepada 3.6 peratus pada September 2022 , kadar terendah sejak puncaknya semasa Covid-19 pada Mei 2020 sebanyak 5.3 peratus,” katanya.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Tengku Zafrul bertanding dalam pilihan raya sebagai calon Barisan Nasional (BN). 

Beliau dicabar penyandang, Dr Dzulkefly yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH), calon daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Shaid Rosli dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN-PAS) pada PRU ke 15 nanti.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMEkonomiMY LNA

Kebergantungan negara kepada sumber luar perlu diatasi – MPPN

PUTRAJAYA, 28 November 2022 – Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Tuan...

Sidang media oleh Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini. Jurufoto / Wartawan : Azuddin
AMEkonomiMY LNA

Kos Sara Hidup Agenda Utama Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

PUTRAJAYA, 27 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...

EkonomiMY LNA

Hantec Financial membuka peluang perdagangan global untuk Pasaran Malaysia

HONG KONG, 22 November 2022 – Hantec Financial ialah sebuah jenama yang pernah...

AMEkonomiMY LNA

Pemimpin-Pemimpin APEC Menyeru Pertumbuhan Inklusif, Dibina Berdasarkan Agenda Kemampanan Di Rantau Ini

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Asia-Pasifik (APEC Economic Leaders’ Meeting – AELM) melabuhkan tirainya...