Home AM PADU Manisfesto Terbaik BN Untuk Rakyat – Rais Yassin
AMPRU15

PADU Manisfesto Terbaik BN Untuk Rakyat – Rais Yassin

MELAKA, 11 November 2022 – Datuk Rais Yassin, Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Melaka menyifatkan bahawa Barisan Nasional begitu komited untuk membantu rakyat. Buktinya menerusi salah satu manifesto BN Perancangan Amal dan Usaha (PADU)

“Pada saya PADU dilihat cukup luas perspektifnya apatah lagi ianya boleh disifatkan cukup mesra rakyat yang mementingkan pendidikan dan ianya bertetapatan dengan tugas dan tanggungjawab saya yang menjaga bidang pendidikan”, ujar beliau sewaktu di temui di Bangunan UMNO Bukit Katil Melaka 10 November lalu.

“Contohnya menerusi sistem asuhan awal kanak-kanak. Kalau kita tengok daripada awal lagi ianya sudah diberikan secara percuma dan kita berusaha dan beramal, memberi pendidikan tinggi secara percuma untuk anak-anak B40”, tambahnya

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput turut menggesa agar rakyat menyambut baik usaha yang bakal dilaksanakan oleh BN sekiranya di beri mandat untuk memerintah Malaysia.

“Kita tawarkan kepada rakyat pendidikan percuma ke IPT  untuk kumpulan B40 dan sebagainya. Ini sebaiknya daripada kempen memburukkan pihak lawan masing-masing sekaligus membuktikan BN berusaha untuk membantu rakyat,”

Datuk Rais Yassin turut serta bersama-sama Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengiringi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO hadir untuk memberi amanat buat calon Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali serta jentera BN yang lain.

Lagi Mengenai PRU15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...