Home KHAS Evolusi Muzik Mai Kuraki Di Terjemahkan Menerusi Sawage Life
KHASSeni & Hiburan

Evolusi Muzik Mai Kuraki Di Terjemahkan Menerusi Sawage Life

Mai Kuraki, insan seni yang cukup istimewa dan bertuah apabila namanya mula menjadi sebutan menerusi singlenya “Baby I Like” yang diriliskan pada tahun 1999.  Penyanyi yang menjadikan R&B sebagai platform muzik bawaannya itu akhirnya dilamar oleh Giza Studio.

Pada tahun 2016, Mai Kuraki meriliskan singlenya yang berjudul Sawage Life untuk melatari siri animasi Detektif Conan. Meskipun ianya telah lama namun ianya tetap relevan kerana saban hari peminat siri animasi pastinya bertambah jumlahnya. 

Sawage Life yang bernuansakan genre JPop cukup sesuai dengan siri animasi tersebut, lantaran susunan muzik yang cukup catchy bersulamkan melodi yang cukup mesra dengan halwa telinga penggemar muzik.

Vokal yang bersahaja melengkapi dengan iringan gitar serta drum selain lontaran vokal daripada penyanyi latar secara senyap mengajak kita untuk turut bernyanyi bersama.  Inilah keindahan melodi Jpop yang seakan menyerupai muzik rock. 

Kekuatan vokal Mai Kuraki tidak harus dipersoalkan kerana dia juga adalah pengubah lagu dan Penerbit Album.  Acuan Sawage Life sudah cukup ‘kuat’ bersama maksud yang tersirat.

Jpop terlebih dahulu mendominasi dunia sebelum era Kpop yang terus bertahta hingga kini, namun wirama Jpop punyai peminatnya.  Malah wirama itu terus mendapat perhatian pengeluar siri-siri animasi di Jepun khususnya untuk melatari setiap watak dan cerita yang mereka hasilkan.

Mungkin khalayak tidak sedar bahawa lagu-lagu Mai Kuraki sudah menghiasi siri Detektif Conan sejak 17 tahun dahulu.  Hal ini dibuktikan menerusi Anugerah Guinness Book Of Records yang dimenanginya pada tahun 2020.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMKHASPRU15

PRU15 : Dato’ Jo di Titiwangsa

KUALA LUMPUR, 19 November 2022 – 8.40am calon BN bagi Parlimen P119...

AMKHASPRU15

Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali Selesai Tunai Tanggungjawab

MELAKA 19 November 2022 – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P137...

KHASPRU15

Jangan Buat Pilihan Bersandarkan Slogan Yang Dicanang Parti Politik Semata-Mata

PENDANG, 18 November 2022- Pengundi diingatkan agat tidak membuat pilihan hanya bersandarkan...

KHASLUAR BANDARPRU15

Pelaburan Tertinggi di Pahang Hadiah Saya Untuk Pengundi Lipis – Abdul Rahman

LIPIS, 18 November 2022 – Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti yang...