Home AM Pelbagai Manifesto di Gariskan Oleh Barisan Nasional
AMPolitikPRU15

Pelbagai Manifesto di Gariskan Oleh Barisan Nasional

Pelbagai Manisfesto telah di gariskan oleh Barisan Nasional (BN) demi Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan, adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak dilupakan golongan T20.

Antara manisfesto yang diperkenalkan adalah seperti Perancangan Amal dan Usaha BN (Padu), memberi potongan cukai pendapatan dua peratus kepada golongan M40 dan kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000, menghapuskan permit import (AP) untuk semua jenis kereta elektrik bagi memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam mampu milik.

Selain itu BN juga turut memperkenalkan sistem persekolahan tanpa buku teks, Kuota khusus untuk belia menjadi senator, menggubal akta jagaan warga emas manakala bagi negeri Sabah dan Sarawak pula dijanjikan HUB keselamatan dan ekonomi baharu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat 99 amal dan usaha BN yang akan menjadi panduan dalam mengemudi negara. Selain itu, beliau berkata, BN juga akan berusaha menambah litupan kawasan berhutan negara kepada 60 peratus keluasan dengan kerjasama kerajaan negeri.

Dalam usaha membantu mangsa bencana alam akibat pencemaran alam sekitar di negara ini, Barisan Nasional (BN) turut berjanji akan menubuhkan dana khusus bagi tujuan itu.

Barisan Nasional (BN) turut berjanji untuk menyediakan sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma kepada semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah. Melalui manifesto itu, selain sistem sekolah rendah dan sekolah menengah, Malaysia akan turut mempunyai sistem pendidikan awal dan asuhan percuma di seluruh negara.

Beliau mengumumkan demikian ketika membentangkan Manifesto BN yang disiarkan secara maya menerusi pelbagai platform media sosial pada 7 November lalu.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMCOVID-19

COVID-19 : Kes sembuh meningkat

1 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha...

AM

Hujan lebat dijangka bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung

30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur...