Home AM Isu Kampung Baru Tetap Akan Di Perjuangkan
AMPolitikPRU15

Isu Kampung Baru Tetap Akan Di Perjuangkan

KUALA LUMPUR, 8 November 2022 – Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan terus memperjuangkan Kampung Baru yang menjadi polemik politik.  Beliau turut membidas Khalid Samad yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan kerana tidak menyelesaikan isu pemilikan tanah di Kampung Baru, semasa memegang jawatan berkenaan.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa menjelaskan bahawa Khalid cuba menyalahkan orang lain walaupun dia boleh melakukan sesuatu sewaktu menjadi menteri selama 22 bulan.

“Isu Pemilikan Tanah Kampung Baru dan Flat Sungai Baru adalah isu yang berbeza, jadi tolong jangan campur kan 2 isu ini menjadi satu”, tegasnya

Menurutnya, sebanyak 11 peratus penduduk tidak mahu tandatangan untuk berpindah yang mana pihak pemaju yang sudah dapat persetujuan lebih 80 peratus penduduk yang lain. Sehubungan dengan itu, mereka mahu gunakan Akta Pengambilan Tanah.

 “Pemaju ada hak untuk menggunakan akta itu untuk membangunkan semula projek di kawasan itu termasuk Flat PKNS yang daif dan berusia lebih 42 tahun kerana unit sekarang hanya ada satu bilik dan tandas dengan keadaan dinding berkecai serta sistem sanitasi dan pendawaian yang teruk”, ujar beliau sewaktu ditemui selepas menyantuni penduduk serta peniaga Pasar malam di Kampung Baru pada 8 November lalu.

 “Saya tidak bersetuju untuk mereka bangunkan kawasan tersebut kerana model yang mahu dibuat pemaju hanya 80 peratus yang bersetuju.  Jika mahu pindahkan penghuni, kena dapat persetujuan semua. Kedua, pada ketika itu pemaju tidak mempunyai kewangan yang kukuh”.

“Saya setuju pembangunan, tapi saya mahu pastikan mana-mana pemaju yang mahu bangunkan sesebuah projek mestilah mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan pengalaman untuk menyiapkan projek tersebut”, tambah beliau.

“Saya khuatir pennduduk akan berdepan nasib yang sama seperti penduduk Flat Pekeliling, yang sudah 14 tahun menunggu rumah mereka disiapkan. Saya mahu selesaikan perkara ini sekiranya saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen,” ujar beliau.

Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Mereka adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili BN; Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad (PH); Pengerusi Perhubungan PEJUANG Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Rosni Adam (PN).

Lagi Mengenai PRU-15 :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...