Home AM Pembinaan Stesen ECRL Puncak Alam Akan Tetap Dilaksanakan
AMEkonomiz10

Pembinaan Stesen ECRL Puncak Alam Akan Tetap Dilaksanakan

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Fasa (Sukaf) 2022. Jurufoto : Azuddin

PUNCAK ALAM, 6 November 2022 – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pembinaan stesen ECRL Puncak Alam akan tetap dilaksanakan. Ini kerana pembinaan stesen berkenaan sudah diluluskan enam bulan lalu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa pembinaan stesen itu tetap akan dilaksanakan susulan isu yang pernah dibangkitkan gabungan persatuan penduduk Puncak Alam ketika beliau bertemu mereka Mei lalu.

“Sebelum ini memang ada dalam perancangan membina stesen ECRL di Puncak Alam tapi belum dilaksanakan. Hasil perbincangan, kita bersetuju untuk meluluskan pembinaannya termasuk beberapa stesen lain.

“Stesen itu akan dibina di kawasan Alam Suria dan sehingga kini (projek) masih diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Fasa (Sukaf) 2022 di Puncak Alam, di sini, hari ini. Turut hadir adalah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga), Tan Sri Rozali Ismail.

Apabila projek itu siap, ECRL Puncak Alam dijangka digunakan kira-kira 300,000 penumpang. Projek berkenaan bukan saja bakal memanfaatkan penduduk Kuala Selangor, malah penduduk kawasan lain di Selangor

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBeliaMY LNA

PRESIDEN ABIM HADIRI SIRI DIALOG YANG MENAMPILKAN BILAL ERDOĞAN DARI TÜRKIYE

6 DISEMBER 2022: – Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal...

AMEkonomiMY LNA

GCET ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek...

AMBeliaMY LNA

Airasia Academy Rai Graduan Tamat Pengajian 2022

SEPANG, 6 Disember 2022 – airasia academy memberikan penghormatan kepada para graduan...

AMCOVID-19Kesihatan

Kes sembuh sebanyak 1,675.

7 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...