Home KHAS Proses Penamaan Calon Parlimen Hang Tuah Jaya Berjalan Lancar
KHASPolitikPRU15z10

Proses Penamaan Calon Parlimen Hang Tuah Jaya Berjalan Lancar

MELAKA, 5 November 2022 – Proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15)  bagi Parlimen Hang Tuah Jaya P137 telah berjalan dengan lancar.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali tiba di pusat penamaan calon di Dewan Bestari, kira-kira jam 8.58 pagi tadi. Beliau yang berbusana baju melayu lengkap bersampin warna biru diiringi seorang pencadang dan penyokong untuk menyerahkan borang penamaan calon.

Adam Ali Abd Halim yang mewakili Pakatan Harapan (PH), tiba di perkarangan dewan berkenaan kira-kira jam 8.57 pagi. Manakala, calon yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Azrudin Md Idris tiba di perkarangan dewan bersama pencadang dan penyokong pada jam 9.05 pagi.

Sementara itu, calon mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh tiba di perkarangan dewan pada jam 9.07 pagi bersama pencadang dan penyokong.

Selain calon proses penamaan tersebut turut dihadiri penyokong parti yang pasti memeriahkan Dewan Bistari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon berlangsung pada jam 9 pagi hingga 10 pagi ini.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...