Home Politik Johari Anggap PRU ke 15 adalah Pilihanraya Unik
PolitikPRU15

Johari Anggap PRU ke 15 adalah Pilihanraya Unik

Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Calon BN bagi Parlimen Titiwangsa. Jurufoto Azuddin

TITIWANGSA, 5 November 2022 – Calon Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani,  menganggap bahawa Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU 15) sebagai pilihannraya yang unik kerana buat pertama kali bakal menyaksikan pengundi muda yang berumur 18 tahun di benarkan untuk mengundi.

Beliau yang pernah memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU13, sebelum dilantik Timbalan Menteri Kewangan pada 2015 dan seterusnya sebagai Menteri Kewangan Kedua selepas rombakan Kabinet pada 2016, namun tsunami politik ketika PRU14, menyaksikan beliau tewas kepada Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Sebagai pengundi anda mempunyai hak untuk menilai sebab dalam sistem demokrasi ini setiap orang ada kuasa untuk mengundi”, ujarnya ketika ditemui media sejurus selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Titiwangsa yang diadakan serentak pada hari ini di seluruh negeri.

“Bagi Parlimen Titiwangsa kita memiliki lebih 60 peratus pengundi muda, jadi kita harus peka dengan gerak kerja pilhanraya yang akan dijalankan demi memenanagi hati pengundi muda”

“Ianya juga merupakan cabaran buat semua calon kerana mereka tidak dapat membezakan Ahli Perlimen dengan Senator, Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri”

“Saya berharap agar silibus berkenaan pilihanraya ini akan diperkenalkan di sekolah menengah khususnya buat pelajar tingkatan 4 dan 5” tambahnya lagi.

Parlimen Titiwangsa menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon daripada empat gabungan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili BN; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad (PH); Pengerusi Perhubungan Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Rosni Adam (PN).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...