Home Politik <strong>Agenda Rakyat Menjadi Keutamaan Datuk Mohd Ridhwan </strong>
PolitikPRU15

Agenda Rakyat Menjadi Keutamaan Datuk Mohd Ridhwan 

MELAKA, 4 November 2022 – Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Hang Tuah Jaya tidak mahu dibayangi bapanya selaku bekas Ketua Menteri Melaka dan kini merupakan Yang DiPertua Negeri Melaka demi memenangi hati pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti.

Meskipun bapanya Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam tewas di Parlimen Hang Tuah Jaya  pada PRU13 dan PRU14, bapanya terus berkhidmat kepada rakyat.

“Saya beriltizam untuk cuba memenuhi kehendak rakyat dan masyarakat setempat sekiranya diberi mandat dalam PRU kali ini, hal ini telah pun saya praktikkan sejak tahun 2018 lagi”, ujar beliau ketika di temui selepas majlis Pelancaran Jentera DUN Ayer Molek malam tadi.

“Soal kalah atau menang itu tidak penting, paling utama saya berjuang untuk kemenangan parti dan tidak gentar menjadi calon di kerusi yang dianggap panas, sebab BN pernah tewas dua kali.

“PRU15 ini saya anggap adalah penentuan jatuh bangun parti dan untuk kita membawa mandat rakyat bagi memastikan kestabilan politik dapat dibentuk.

Dalam majlis yang sama beliau turut menyeru penduduk Hang Tuah Jaya untuk terus memberikan sokongan berterusan kepada calon BN di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut bagi memastikan kemajuan berterusan.

“Saya juga mohon  agar sokongan berterusan , semangat dan juga mandat daripada semua penduduk-penduduk masyarakat di keempat-empat DUN Hang Tuah Jaya iaitu Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Bukit Katil dan Ayer Molek”, tambahnya lagi.

Parlimen Hang Tuah Jaya antara kerusi panas pada kali ini, persaingan antara Mohd. Ridhwan dengan calon Pakatan Harapan (PH), Adam Adli Abd. Halim dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Azrudin Md. Idris.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...