Home AM <strong>Esok Adalah Hari Penamaan Calon Bagi PRU Ke 15</strong>
AMPRU15

Esok Adalah Hari Penamaan Calon Bagi PRU Ke 15

Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung esok di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, boleh dikemukakan dari 9 sehingga 10 pagi, Sabtu ini.

Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon antaranya terdiri daripada pejabat daerah, dewan orang ramai dan dewan sekolah di seluruh negara.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula esok selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding dan akan berakhir pada 11.59 malam, 18 Nov.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

Di peringkat DUN, hanya Pahang, Perak dan Perlis yang akan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing serentak dengan peringkat Parlimen selepas ketiga-tiga negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing.

Negeri-negeri diterajui PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor serta yang diterajui PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak membubarkan DUN dan tidak ada pilihan raya peringkat DUN diadakan.

Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sebelum ini telah mengadakan PRN masing-masing. PRN Sabah diadakan pada 26 Sept 2020, Melaka (20 Nov 2021), Sarawak (18 Dis 2021) dan Johor (12 Mac 2022).

PRK DUN Bugaya pula di adakan serentak dengan PRU15 berikutan kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 dan tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

Pada 7 Okt lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa 6 Okt lepas.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...