Home Politik Shahril Sufian Hamdan Antara Calon Baharu BN Melaka
PolitikPRU15

Shahril Sufian Hamdan Antara Calon Baharu BN Melaka

Shahril Sufian Hamdan yang diletakkan di kerusi Parlimen Alor Gajah, adalah antara calon baharu yang akan mewakili Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) nanti.

Berita itu diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 1 November lalu.

Shahril Hamdan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO di letakkan untuk bertanding bagi Parlimen Alor Gajah.  Beliau bakal ditentang bekas Ketua Menteri Adly Zahari (PH-Amanah), selain Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang ingin mempertahankan kerusi tersebut mewakili Perikatan Nasional (PN).

Selain Sharil, Barisan Nasional (BN) turut mempertaruhkan beberapa muka baharu untuk bertanding di kerusi Parlimen Melaka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Antara nama baharu yang diumumkan ialah Abdul Hakim Abdul Wahid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah. Dia yang juga anak jati Masjid Tanah bukan lagi nama asing di Melaka kerana sebelum ini menjawat jawatan Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka.

Beliau akan ditentang Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang juga penyandang kerusi berkenaan selepas menang atas tiket BN pada PRU14 lalu, sebelum bertindak menyertai Bersatu.

Bagi Parlimen Tangga Batu, buat pertama kalinya wakil MCA dicalonkan bertanding di kerusi berkenaan iaitu Datuk Lim Ban Hong. Dia yang juga Naib Presiden MCA bukanlah asing di kawasan berkenaan dan telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang pada Pilihan Raya Negeri, 20 November 2021.

Beliau bakal dicabar penyandang kerusi berkenaan Rusnah Aluai (PH-PKR) dan Bakri Jamaluddin dari PAS mewakili PN. Sementara itu, BN turut mempertaruhkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali di kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya bakal dicabar muka-muka baharu iaitu Adam Adli Abdul Halim yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), selain wakil PN-Bersatu, Mohd Azrudin Md Idris.

Di Kota Melaka, BN mengumumkan seorang lagi calon MCA iaitu Kon Qi Yao yang bakal dicabar Khoo Poay Tiong (PH-DAP).  Manakala Parlimen Jasin pula menyaksikan Datuk Roslan Ahmad terpilih sebagai calon bagi mempertahankan kerusi yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Roslan merupakan bekas Adun Merlimau pada PRU14, selain turut menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin.  Beliau akan dicabar Datuk Harun Mohamad (PH-Amanah) dan Zulkifli Ismail (PN-PAS).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 5 November ini sebagai hari penamaan calon, 15 November hari pengundian awal dan 19 November merupakan hari pengundian  bagi PRU 15.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...