26 Oktober 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Oktober 2022 hingga 2 November 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:
- harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.95 seliter;
- harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan
- harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.
Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
- E Ink to Showcase Spectra 6 ePaper Retail Signage at NRF 2025, Highlighting Advanced Color Innovations and Environmental Benefits
- Wall Street Pepe Presale Reaches $45M Milestone for New Trading Insights Platform
- Miracle Play Set to Unveil “AI GRANPRIX,” Pioneering the Future of AI-Powered Esports in Web3
- TCL Unveils Groundbreaking Smart Home Security Innovations at CES 2025
- Infinity Financial Advisory Unveils Enhanced Digital Capabilities to Transform Client Financial Planning Experience
Leave a comment