Politik @ My LNAPRU15

Berdebatlah di Parlimen atau di pentas parti – Ismail Sabri

70

26 Oktober 2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat bahawa adalah lebih baik bagi beliau menumpukan kerja dan khidmat bakti kepada rakyat dan lebih prihatin kepada persediaan menjelang PRU15 dari segi keselamatan rakyat.

Mengulas soalan wartawan mengenai cadangan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan debat Calon Perdana Menteri dalam persidangan media di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman semalam, Ismail Sabri berkata adalah lebih baik beliau menumpukan kerja dan khidmat bakti kepada rakyat dan lebih prihatin kepada persediaan menjelang PRU15 dari segi keselamatan rakyat.

“Adalah lebih baik saya menyantuni, dan bertemu sendiri rakyat dari pelbagai kaum, serta lapisan masyarakat sebagai sebuah keluarga.

Bukanlah cara saya untuk bercakap kosong, menabur janji palsu dengan menggunakan alasan ‘debat’ seperti mana PH lakukan pada PRU14.

Cukup-cukuplah meraih populariti dengan berbekalkan janji manis dalam pengucapan debat. Beliau perlu mempunyai rasa belas ihsan pada nelayan, petani, walhal anak muda yang telah tertipu dengan pelbagai retorik debat yang dilakukan sebelum ini.” tulis Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Beliau turut menyarankan agar Anwar berdebat ketika waktu sidang parlimen diadakan selepas kerajaan baharu yang dipilih rakyat nanti.

“Atau mungkin di pentas parti masing-masing, dan disitu, tiada siapa pun yang menghalang kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.” ujar Ismail Sabri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....