Home AM 10,506 pelajar B40 negeri Kedah terima manfaat bantuan pendidikan YPM
AMKHASLUAR BANDARPendidikan

10,506 pelajar B40 negeri Kedah terima manfaat bantuan pendidikan YPM

PADANG TERAP, 24 Oktober 2022 – Sejumlah 10,506 pelajar B40 di negeri Kedah menerima manfaat bantuan pendidikan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan itu melibatkan peruntukan lebih RM1.8 juta sepanjang tahun ini.

“Syabas dan tahniah kepada YPM atas pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan dalam membantu golongan yang memerlukan ini.

“Usaha ini perlu dilaksanakan bagi memastikan anak-anak luar bandar terutamanya dari golongan B40 tidak keciciran dalam pelajaran selain meringankan tanggungan ibu bapa”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Pendidikan YPM Daerah Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi YPM, Datuk Mohd Razman Yaacob, Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd, Senator Datuk Wira Othman Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mat Ariffin dan Ahli Majlis MARA, Datuk Ibrahim Saad.

Jelas Mahdzir, bantuan itu disalurkan melalui pelbagai program pendidikan YPM yang dilaksanakan sepanjang tahun.

Antaranya Skim Bantuan Persekolahan, Dana Ehsan Pendidikan, Program Tuisyen Pintar, Program Kecemerlangan Modal Insan, Skim Anak Angkat dan Pembiayaan Pendidikan Tertiari.

Program CSR YPM turut melibatkan UNIMARA dan Rural Capital Berhad (RCB) sebagai penyumbang disamping kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap.

“Bagi pihak YPM saya mengucapkan terima kasih kepada semua badan-badan korporat yang telah menyumbang dana bagi pelaksanaan program-program pendidikan pelajar di luar bandar.

“Saya menyeru agar lebih banyak badan-badan korporat atau invididu tampil untuk menyalurkan sumbangan kepada YPM bagi merancakkan lagi pelbagai program CSR YPM yang lain”.

Sementara itu, seramai 693 pelajar dan 75 keluarga B40 di daerah Padang Terap menerima sumbangan berbentuk bantuan persekolahan wang tunai dan komputer riba.

Manakala 3 buah sekolah turut menerima sumbangan tunai berjumlah RM5,000 bagi setiap sekolah.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyaksikan tiga penyerahan replika cek sumbangan bantuan persekolahan YPM bernilai RM95 ribu, bantuan keluarga pelajar asnaf UNIMARA sebanyak RM18,700 dan sumbangan keluarga asnaf RCB berjumlah RM17,500.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...