Home Politik Kesinambungan Siri Jelajah Harapan PH Di Melaka
PolitikPRU15

Kesinambungan Siri Jelajah Harapan PH Di Melaka

MELAKA, 21 Oktober 2022 – Pakatan Harapan (PH) kini sedang menggerakkan program meganya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Jelajah Harapan Rakyat.  Program yang bermula di Selangor pada 25 Jun lalu kini diteruskan di Melaka.

Program yang dijadualkan akan berlangsung pada 25 Oktober ini akan di adakan di Taman Sungai Petai 1, Alor Gajah Melaka bermula jam 8 malam.

“Pihak kami telah pun memaklumkan kepada pihak PDRM untuk menganjurkan program tersebut. Pemimpin tertinggi PH peringkat pusat dan negeri sendiri yang akan turun ke Melaka untuk menjelaskan isu-isu berkaitan nasional dan tempatan,” ujar Rafee Ibrahim ketika sidang media yang di adakan di Graha Amanah, Bukit Katil hari ini.

Rafee yang juga merupakan Ketua Cabang Keadilan Hang Tuah Jaya turut memaklumkan bahawa siri Jelajah kali ini akan disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (AMANAH) dan Anthony Loke (DAP) serta Syed Saddiq (MUDA).

Walaupun Melaka hanya terlibat untuk pengundian peringkat parlimen, namun ianya satu cabaran yang besar buat PH.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...