Home AM 19 November Ditetapkan Sebagai Tarikh PRU15
AMKHASPolitikPRU15z10

19 November Ditetapkan Sebagai Tarikh PRU15

20 Oktober 2022 – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sementara itu, tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 5 dan 15 November 2022. 

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang juga Pengerusi SPR turut menjelaskan bahawa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan serentak dengan PRU15 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Kekosongan kerusi DUN Bugaya adalah berikutan kematian penyandangnya Manis Muka Mohd Darah pada 17 Nov 2020 dan PRK DUN itu tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

“Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis, dan 59 kerusi Dewan Negeri Sehubungan itu, SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas pada hari ini dan memutuskan satu PRU15 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Dewan Rakyat, serta 42 kerusi Perak”, ujar beliau ketika sidang media sejurus selesai menyuarat khas Suruhanjaya Pilihanraya pada hari ini yang di adakan di Wisma SPR.

Beliau turut memaklumkan, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November (Jumaat).

Proses pilihanaraya ini di adakan berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa 10 Oktober lalu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMCOVID-19

COVID-19 : Kes sembuh meningkat

1 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha...

AM

Hujan lebat dijangka bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung

30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur...