AMEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 selama 7 hari mulai 20 Oktober 2022

732

PUTRAJAYA 17 Oktober 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan bahawa sempena Perayaan Deepavali 2022, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan mulai 20 Oktober 2022 hingga 26 Oktober 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof berkata sebanyak 8 jenis barangan harga terkawal berserta harga maksimumnya akan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022.

Senarai barangan harga terkawal tersebut adalah :

  • Daging kambing biri-biri import bertulang
  • Tomato
  • Cili merah
  • Kelapa biji (*Harga maksimum di peringkat borong sahaja)
  • Kelapa parut (*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)
  • Bawang merah kecil (India)
  • Bawang merah besar import
  • Kacang dal (Australia)

Pada masa yang sama, ayam dan telur ayam telah disambung pewartaannya sebagai barangan harga terkawal dan sedang berkuat kuasa mulai 12 Oktober 2022. Antara jenis barangan harga terkawal bagi
pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam adalah seperti berikut :

  • Ayam hidup
  • Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
  • Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
  • Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
  • Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
  • Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)

Menurut Azman, tempoh pelaksanaan itu iaitu 4 hari sebelum perayaan, 1 hari semasa perayaan dan 2 hari selepas perayaan, adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa pada masa kini, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

Katanya pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga berpuas hati dengan tempoh masa pelaksanaan yang effektif.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 akan dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan. Strategi ini membolehkan penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Pengumuman harga yang ditentukan akan dibuat kepada orang ramai melalui media massa, pengedaran risalah serta pemasangan bunting dan poster di tempat-tempat strategik seperti di pasar awam, pasar raya dan pasar raya besar.” ujar Azman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Satu lagi gempa bumi sederhana di Utara Laut Maluku

Satu lagi kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Utara Laut Maluku...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNA

Berfesyen di Aidilfitri: Antara keterujaan dan syariat Islam

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Persediaan umat Islam dalam menyambut kedatangan lebaran Aididilfitri...