Home AM  ‘K.A.S.I.H Keluarga Malaysia: Sejahtera Bersama’  Tema Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Edisi Negeri Melaka
AMKHAS

 ‘K.A.S.I.H Keluarga Malaysia: Sejahtera Bersama’  Tema Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Edisi Negeri Melaka

Bertemakan ‘K.A.S.I.H Keluarga Malaysia: Sejahtera Bersama’, telah dipilih bagi siri jelajah Aspirasi Keluaga Malaysia yang telah memasuki edisi ke-11.  Ianya diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).  Ianya bermula pada 14 Oktober dan akan berakhir pada 16 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Utama Ismail Sabri Yaakob merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka, majlis turut disempurnakan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Pada majlis perasmian tersebut Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia (YKN) kepada 15 anak Keluarga Malaysia yang diwakili 43 penerima Bantuan YKN dimana mereka telah kehilangan ibu atau bapa, atau penjaga, atau kedua-keduanya akibat COVID-19, kemalangan atau bencana.

Bantuan sebanyak RM1,000 atau RM1,500 seorang turut diberikan kepada mereka yang berusia sejak lahir sehingga 18 tahun, atau sehingga tamat pengajian ijazah pertama, mengikut kategori umur masing-masing.

Sebanyak 29 buah kaunter perkhidmatan mengambil bahagian pada jelajah kali ini yang melibatkan pelbagai Kementerian, agensi Kerajaan Persekutuan dan agensi Kerajaan Negeri. Penerangan dan tawaran perkhidmatan langsung kerajaan kepada rakyat, khidmat nasihat dan sesi bimbingan usahawan serta pemberian bantuan turut di adakan.

Segmen pameran turut membawakan Kapsul Keluarga Malaysia yang memaparkan maklumat berkaitan pencapaian serta perancangan pelbagai program utama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Sebanyak 13 kaunter perkhidmatan bergerak turut disediakan antaranya daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Klinik Bergerak Pergigian, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Pejabat Daerah Tanah Melaka Tengah (SUK Melaka) dan lain-lain dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan.

Selain itu, sebanyak 118 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 20 gerai Citarasa Keluarga Malaysia, 10 trak jualan makanan (food truck) dan 12 booth Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah juga mengambil bahagian pada siri jelajah kali ini.

Turut diadakan, program Padanan Perniagaan (Business Matching) yang melibatkan 10 syarikat pasaran tempatan, e-dagang, logistik, peruncitan dan koperasi turut membuka peluang perkembangan perniagaan dan khidmat nasihat secara percuma kepada usahawan tempatan.

Program yang menjadi elemen wajib di semua siri jelajah turut dilaksanakan di JAKM iaitu Kenduri Keluarga Malaysia yang disertai oleh Perdana Menteri bersama-sama masyarakat setempat.

Selain itu, turut diadakan program di luar tapak acara antaranya Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Program Kasih Keluarga, Ziarah Kasih PDK@JAKM, Ceria Malaysia, Program 10,000 Langkah Aspirasi Keluarga Malaysia, Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat & Jelajah Kaunseling PSS Keluarga Malaysia YKN dan banyak lagi.

Pada siri jelajah kali ini juga terdapat pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50% bagi kesalahan-kesalahan yang terpilih. Para pengunjung boleh membuat pembayaran secara terus di booth PDRM yang dibuka sepanjang tiga hari.

Bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung, perkhidmatan bas perantara secara percuma juga disediakan dari tiga lokasi iaitu Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit, AEON Ayer Keroh dan Dataran Bersejarah Ayer Keroh ke tapak acara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMSains, Teknologi & Komunikasi

Masalah liputan di Padang Serai : MCMC ambil tindakan segera

CYBERJAYA, 1 DISEMBER 2022 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama...

AMCOVID-19

COVID-19 : Kes sembuh meningkat

1 DISEMBER 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Hentikan Hasutan Perkauman dan Agama – ABIM

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Merujuk kepada titah Duli Yang Maha...

AM

Hujan lebat dijangka bermula di timur Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung

30 November 2022 – Hujan lebat berterusan dijangka akan bermula di timur...