Home AM Mandat Dikembalikan Kepada Rakyat
AMKHASPolitikPRU15z10

Mandat Dikembalikan Kepada Rakyat

1o Oktober 2022 – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara, menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang ini.

“Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Pengumuman itu sekali gus menjawab segala teka-teki serta spekulasi yang berlegar sejak beberapa minggu lalu mengenai pembubaran Parlimen, selepas Ismail Sabri menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada Khamis lalu.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” katanya.

Beliau menggesa ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan pilihan raya umum peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu. Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat. Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15,” katanya.

Perdana Menteri berkata, proses itu berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan  sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka, untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga Malaysia 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik,” ujarnya.

Susulan pengumuman pembubaran Parlimen itu, SPR perlu menetapkan tarikh pilihan raya diadakan.  Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...