KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2022 : Universiti Malaya (UM) menyambut kehadiran seramai lebih 5,000 orang mahasiswa baru bagi sesi pendaftaran 2022/2023.
Menurut Dr. Iskandar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Universiti Malaya Week of Welcome (UM-WOW) 2022/2023 dan juga Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaya, pendaftaran pelajar ke kolej kediaman diadakan pada hari ini dan juga esok di mana hari ini, seramai 1,800 pelajar mula mendaftar dan lebih 3,000 pelajar yang akan mendaftar pada hari Ahad.
“Pihak Universiti Malaya juga membuat persiapan tambahan pada musim hujan ini dari segi menyediakan khemah-khemah dan ruang-ruang menunggu yang lebih banyak dan menugaskan staf-staf sokongan, polis bantuan dan pembantu mahasiswa bagi melancarkan proses pendaftaran pelajar seterusnya ke kolej kediaman masing-masing,” katanya.
Muhammad Ielhan Mohd Nujhan pelajar jurusan perubatan, Fakulti Perubatan berkata beliau agak gementar pada hari ini dan berharap proses pendaftaran ke kolej kediaman berjalan dengan lancar.
“Saya membuat persediaan dari segi mental dan fizikal bagi menyambung pelajaran ke Universiti Malaya, dan dengan berbekalkan motivasi dari kedua ibu bapa saya untuk menamatkan pelajaran dan bergraduasi sebagai seorang pegawai perubatan,” katanya.
“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru sains dan sangat bersyukur dapat menyambung pelajaran ke Universiti Malaya, kata Sridaran yang berasal dari Melaka.
Menurut bakal peguam, Kasih Seri Nurnilam Sari dari Pulau Pinang, beliau sangat gembira dapat melanjutkan pelajaran ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang telah melahirkan alumni-alumni hebat.
“Saya berharap dapat belajar banyak ilmu baru dan semestinya menjadi pelajar cemerlang dan seterusnya dapat bergraduasi dan menjadi seorang peguam,” tambahnya lagi.
“Saya memilih Universiti Malaya kerana kampus besar di tengah-tengah Kuala Lumpur,” seloroh Song Huimin, pelajar jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ketika ditemu bual semasa sesi pendaftaran pada hari ini.
Antara ibu bapa yang sempat di temu bual semasa hari pendaftaran tersebut, Encik Ragunathan Jayaraman yang berasal dari Klang, Selangor. Beliau sangat berbangga kerana anak perempuan beliau dapat melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diimpikan.
“Dari kecil saya bawa anak perempuan saya ke Universiti Malaya, kini, saya berjaya dan selesai menghantar anak saya ke sini. It’s like a dream came true,” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment