AMEkonomi @ My LNA

BAJET 2023 : Agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia terus diberi tumpuan

146

7 Oktober 2022 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dato’ Seri Reezal Merican bin Naina Merican berkata bahawa Bajet 2023 membuktikan bahawa komitmen kerajaan jelas dalam memastikan Agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia terus diberi tumpuan dengan peningkatan sebanyak 5.1% di dalam anggaran perbelanjaan keseluruhan KPKT iaitu sebanyak RM 5.41 bilion (2023) berbanding tahun lepas sebanyak RM 5.15 bilion (2022).

Justeru katanya KPKT akan terus komited memastikan agenda ini menyentuh segenap aspek kehidupan rakyat melalui tiga falsafah iaitu Merawat Keresahan Rakyat, Membina Keyakinan Rakyat dan Menepati Ekspektasi Rakyat.

Tambah beliau, Kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif perumahan di bawah Fokus 9 : Pemilikan Rumah seperti berikut:

1) Pengecualian duti setem dan perjanjian pinjaman bagi perjanjian jual beli bagi rumah bernilai RM500,001 – RM 1 juta, dinaikkan daripada 50% kepada 75% sehingga 31 Disember 2023 (i-Miliki);

2) Peruntukan sebanyak RM367 juta bagi pembinaan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal memanfaatkan 12,400 bakal penghuni baharu;

3) Peruntukan sejumlah RM3 bilion bagi Pinjaman Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) memanfaatkan 12,000 peminjam (i-Biaya);

4) Peruntukan sebanyak RM290 juta memastikan kondisi rumah strata kos rendah dan sederhana yang selamat dengan menyelenggara termasuk menggantikan lif-lif usang;

5) Peruntukan RM 358 juta bagi pembinaan 4,250 unit rumah di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR); dan

6) Kelas pemulihan anak-anak PPR tercicir bagi penghuni rumah kos rendah yang tercicir pembelajaran semasa pandemik.

KPKT turut menyambut baik pengumuman berkaitan caj duti setem bernilai RM10 bagi urusan pindah milik harta tanah antara keluarga serta peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti yang yang akan memanfaatkan 2,000 persatuan penduduk melaksanakan aktiviti kesukarelawan termasuk kursus kebombaan dalam kesiapsiagaan banjir dan kebakaran di peringkat komuniti.

“Pengumuman Kerajaan dalam Bajet 2023 akan dapat menyokong Pasukan KPKT untuk terus melaksanakan agenda Malaysia Berdaya Huni dengan lebih cemerlang.” kata KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...