Ekonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNAParlimen @ My LNAPertanian @ My LNA

PROSPEK bangunkan aktiviti ekonomi sedia ada di kampung

212

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II (KPLB) Datuk Haji Hasbi bin Habibollah memaklumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa KPLB turut mempunyai program ekonomi secara berkelompok iaitu Program Desa Lestari dan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) yang mengambil pendekatan mengoptimumkan pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada.

Katanya melalui PROSPEK, aktiviti ekonomi sedia ada (niche product) akan dibangunkan dan dikembangkan di beberapa buah kampung supaya wujud economy of scale.

“Bilangan PROSPEK yang sedang dilaksanakan sehingga tahun 2022 adalah berjumlah 16 projek.

Antara contoh projek PROSPEK adalah Projek Rintis Kampung Sidam, Kulim, Kedah yang menjalankan aktiviti tanaman jagung sebagai niche product, pemprosesan produk berasaskan jagung, pemprosesan silaj dan lain-lain aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Sehingga kini, antara impak bagi projek berkenaan adalah peningkatan pendapatan yang berterusan kepada peserta daripada golongan B40. Jumlah peserta dan penerima bantuan PROSPEK Rintis Kg. Sidam, Kulim bagi sehingga bulan September 2022 bagi ketiga-tiga komponen PROSPEK iaitu ekonomi, perumahan dan prasarana adalah berjumlah 253 orang.

Tambah beliau, pelbagai projek ekonomi dan prasarana asas yang dilaksanakan sejak tahun 2018 telah memberi peningkatan pendapatan kepada peserta, penduduk dan peniaga yang menjalankan aktiviti di kawasan tersebut.

“Peningkatan pendapatan yang ketara bagi peserta tanaman jagung berkelompok melalui hasil jualan jagung bagi tahun 2018 hingga 2021 yang berjumlah RM776 ribu. Purata pendapatan peserta IKS PROSPEK Rintis Kg. Sidam pula turut meningkat dalam kadar julat 29 peratus hingga 68 peratus bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Selain itu, purata pendapatan peserta IKS sebelum menyertai PROSPEK pada tahun 2019 adalah berjumlah RM1,684.60 telah meningkat kepada RM2,830.80 setelah menyertai PROSPEK.” kata Ahli Parlimen Limbang itu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member