SHAH ALAM, 4 Oktober 2022 – Idea Bina Negara (IBN) adalah merupakan satu platform digital bagi menghimpunkan pelbagai pandangan, idea dan input-input bermanfaat daripada Keluarga Malaysia khususnya golongan belia bagi penyediaan Bajet 2023 serta aspirasi belia Malaysia ke arah pembangunan negara secara umum. Anak-anak muda dalam kategori belia berumur 35 tahun dan ke bawah adalah kelompok yang diperlukan untuk mengemukakan pandangan dan idea ini.
Bertemakan “Idea Bina Negara” dan cogan kata “Ini Suara Kita”, platform ini adalah antara medium yang paling tepat untuk mendapatkan secara terus idea dan pandangan anak-anak muda dari seluruh negeri.
Sebagai pengenalan kepada IBN ini juga, Pra-Pelancaran Program Idea Bina Negara Anak Muda Keluarga Malaysia telah diadakan pada 20 Ogos lalu sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Selangor yang mana bermulalah para belia dapat mengemukakan pandangan mereka melalui QR Code yang terdapat di paparan media sosial rasmi IBN atau dengan melayari laman sesawang IBN di www.ideabinanegara.my. Platform untuk mengemukakan idea atau pandangan ini berakhir pada 30 September 2022.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ingin melihat dan mendengar sendiri pandangan dan idea anak-anak muda, dan IBN adalah merupakan antara ruang dan peluang bagi anak-anak muda untuk mengemukakan pandangan mereka.
Sehingga 30 September 2022, idea dan pandangan yang telah berjaya dikumpulkan adalah sejumlah 12,794 idea daripada seramai 10,090 responden. Ia melebihi sasaran awal iaitu sebanyak 10,000 idea.
Kemuncak kepada IBN ini adalah Program Idea Bina Negara yang berlangsung pada hari ini, 4 Oktober 2022 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), dan Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Sesi Dialog di antara YAB Perdana Menteri bersama para belia telah diadakan di DATC pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran seramai kira-kira 4,000 orang yang hadir secara fizikal, manakala kira-kira 50,007 orang hadir secara maya yang terdiri daripada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari seluruh negeri.
Program berbentuk karnival turut diadakan di Padang Kawad, UiTM dengan pelbagai program dan aktiviti bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Terdapat 10 elemen Program IBN yang telah disusun iaitu:
1) Diskusi Interaktif (Dialog YAB Perdana Menteri bersama Anak Muda di DATC);
2) Motherbooth Idea Bina Negara;
3) Pameran Permotoran;
4) Fiesta Kopi;
5) Ekspo Anak Muda;
6) Pameran Inisiatif Strategik;
7) Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia;
8) Jualan dan Foodtruck;
9) Persembahan Anak Muda Keluarga Malaysia; dan
10) Cabutan Bertuah.
Terdapat juga lapan (8) slot dipersembahkan di Pentas Utama Padang Kawad, UiTM iaitu:
1) Bina Lasak bersama Pa’Din Musa (tips aktiviti lasak sebagai kerjaya);
2) Bina Irama bersama Monoloque [Butterfingers] (seni muzik);
3) Bina Digital bersama Ryan Bakery (video digital);
4) Bina Hobi bersama pengasas Gimme Shelter Talk (pengasas kedai fabrikasi motorsikal Gimme Shelter);
5) Bina Acara bersama Sneaker Lah [Bran Chin] (industri budaya pop);
6) Bina Cerita bersama Amir Muhammad [Buku Fixi] (industri perbukuan);
7) Bina Kata bersama Tujuloca (pembinaan lirik atau senikata 16 baris dalam muzik rap);
8) Bina Ilustrasi bersama Fritilldea (dunia ilustrasi).
Di Pentas Mini juga diadakan lapan (8) slot aktiviti iaitu:
1) Bina Rasa bersama GTR Burger (industri kulinari);
2) Bina Inspirasi bersama Syaidatul Afifah (sukan bowling);
3) Bina Minat bersama Thrift Garrage (perniagaan bundle – slot bina karat)
4) Bina Gaya bersama Fairuz Ramdan (industri fesyen dan pakaian);
5) Bina Jenama bersama Doplohtiga [Ahmad Zaidi] (perniagaan makanan);
6) Bina Seni – Art Coffee Making demonstrasi seni pembuatan dan hiasan kopi);
7) Demonstrasi CPR Berirama bersama Angkatan Pertahanan Awam;
dan
8) Sesi Busking.
Kejayaan kepada Program IBN ini adalah ia dapat meraikan pandangan anak muda dalam kalangan Keluarga Malaysia dan mencerminkan keprihatinan kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri dengan mengambil cakna suara anak muda dalam penyediaan Bajet 2023.
Ini juga menunjukkan bahawa agihan Bajet 2023 kelak adalah menyeluruh yang mana turut meliputi hasrat dan aspirasi anak-anak muda dalam pembangunan negara.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment