3 Oktober 2022 – Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan Harga Runcit Maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.
Kata KPDNHEP dalam satu kenyataan semalam, perintah itu mula berkuat kuasa pada 8 Oktober 2022 sehingga 7 November 2022.
Berikut adalah Harga Runcit Maksimum bagi barangan harga terkawal minyak masak sawit tulen dalam botol seperti jadual tersebut :
Harga Runcit Maksimum Bagi Minyak Masak (Botol)
Tambah KPDNHEP mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:
(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.
KDPNHEP turut berharap agar penetapan harga baharu bagi minyak masak tulen kemasan botol berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia.
Leave a comment