30 September 2022 – Susulan satu kes penculikan seorang wanita yang juga merupakan ejen jualan produk kosmetik yang berlaku pada 13 September 2022 yang lepas di Tumpat, Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, telah menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikannya.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan telah berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand.
Hasilnya mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa negara tersebut dan telah dibawa pulang ke Malaysia pada 29 september 2022.
“Dalam kes ini seramai (7) orang suspek lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961. Turut dirampas adalah sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.
PDRM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan kedutaan Malaysia di sana, atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik dalam kes ini.” kata Acryl Sani.
Tambahnya masyarakat juga diseru agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undangundang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara.
- CARIBBEAN AIRLINES RESTARTS MONTEGO BAY–FORT LAUDERDALE
- St. Bonaventure University’s Online Ed.D. Program: Transforming Educational Leadership
- Scimplify bags $40M to transform specialty chemicals manufacturing amid global supply chain upheaval
- USPACE Partners with AICO to Launch 6,000-Satellite Constellation Plan
- HL Assurance Becomes First in Singapore to Launch Core Travel Insurance Coverage Add-Ons
Leave a comment