AMKesihatan @ My LNA

Dengkil perlukan klinik kesihatan yang baharu – KJ

346

DENGKIL, 29 September 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang telah mengadakan ‘spot check’ di klinik kesihatan Dengkil semalam, bersetuju bahawa Dengkil memerlukan sebuah klinik kesihatan yang baharu.

Dalam satu hantaran di media sosial rasmi beliau, Khairy berkata walaupun perkhidmatan yang diberikan adalah baik, tapi kawasan klinik tersebut adalah sesak, waktu menunggu adalah lama dan kawasan meletak kenderaan tidak mencukupi.

“Saya meluluskan segera extension bangunan untuk klinik ibu dan anak, mesin ultrasound & biochem. Banyak pelaburan diperlukan untuk meningkatkan khidmat kesihatan primer.

Setuju Dengkil perlu ada klinik kesihatan baharu. Extension bangunan cuma penyelesaian jangka pendek. Klinik kesihatan baharu akan dimohon jua.” katanya.

Tambah Khairy, dalam tempoh seminggu atau dua minggu, beliau akan memaklumkan berita baik bagi penduduk Cyberjaya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...