Politik @ My LNA

Teresa dakwa Timbalan Menteri Pendidikan sendiri melanggar peraturan Kementerian Pendidikan

118

27 September 2022 – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa bahawa Timbalan Menteri Pendidikan Dato’ Dr Mah Hang Soon telah menggunakan kuasanya untuk menghalang DAP Seputeh untuk menyewa dewan sekolah SJKC La Salle untuk menganjurkan jamuan pungut dana dengan alasan peraturan Kementerian Pendidikan tidak membenarkan parti politik, samada parti dalam kerajaan ataupun parti pembangkang untuk mengadakan aktiviti di dalam halaman sekolah.

Dalam satu kenyataan, Teresa berkata beliau hairan apabila melihat gambar yang disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily yang menunjukkan parti MCA mengadakan program besar-besaran di Dewan SJKC Yih Min di Alor Setar, Kedah pada 10 September 2022, di mana logo MCA diletakkan di atas pentas di dalam dewan, dan juga pada maskot harimau di pintu besar dewan sekolah tersebut.

Katanya ramai pemimpin MCA termasuk Dato’ Dr Mah Hang Soon dan Ketua Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting turut hadir dalam program MCA tersebut. Gambar berkenaan program tersebut telah tular di media sosial.

Tambah Teresa, pada 24 September lepas, pejabat koordinator MCA di Tanjong Malim juga menggunakan dewan SJKC Choong Hua 2 untuk mengadakan program Pesta Tanglung dan dihadiri oleh Dato Dr Mah Hang Soon.

“Sekiranya wujud arahan daripada Kementerian Pendidikan yang menegah parti politik untuk mengadakan aktiviti dengan menggunakan premis sekolah, bukankah parti MCA termasuk Timbalan Menteri Pendidikan Dato’ Dr. Mah Hang Soon sendiri telah melanggar arahan Kementerian Pendidikan? Kenapakah Dato’ Dr Mah mempraktikkan “double standard” dari segi pelaksanaan dasar ini?

Dato’ Dr Mah mendakwa permohonan saya untuk menggunakan dewan SJKC La Salle adalah tindakan “menyusahkan pihak sekolah”. Bukankah cara MCA menggunakan dewan sekolah SJKC Yih Min di Kedah dan juga dewan sekolah SJKC Choong Hua 2 lebih menyusahkan sekolah, kerana beliau sebagai Timbalan Menteri Pendidkan melanggar peraturan Kementerian Pendidikan yang melarang parti politik untuk menggunakan premis sekolah untuk mengadakan aktiviti politik?

Saya menyeru Dato’ Dr Mah menjelaskan kenapakah MCA dan beliau sendiri melanggar peraturan Kementerian Pendidikan? Apakah Kementerian Pendidikan dan beliau sendiri telah mengamalkan “double standard” dalam isu ini? Bukankah ini merupakan penyalahgunaan kuasanya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan?” kata Teresa.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...