Home Politik PRU15 : UMNO Tidak Akan Perjudikan Nasib Rakyat
PolitikPRU15z10

PRU15 : UMNO Tidak Akan Perjudikan Nasib Rakyat

CYBERJAYA 28 September 2022 – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan UMNO tidak pernah memutuskan untuk mengadakan PRU15 ketika musim tengkujuh atau musim banjir.

Malah beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno berkata, sebagai ahli parti beliau bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan kunci rumah secara simbolik oleh kumpulan Emkay melalui anak syarikat Zen Bestari Sdn Bhd di sini, hari ini.

“Tidak logik sekiranya PRU15 diadakan ketika negara berdepan banjir, tiada siapa yang tahu bila bencana itu akan berlaku meskipun ramalan dibuat Jabatan Meteorologi Malaysi”, ujarnya

Datuk Seri Reezal yang juga menteri yang menjaga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menegaskan bahawa Jabatan Bomba telah bersedia untuk menghadapi dua kemungkinan itu.

Tambah beliau ketetapan mengenai PRU15 perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Politik

Pilihanraya Negeri bahagian N.42 Tioman : AMANAH beri laluan kepada BN

29 November 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Dato’...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...

AMMY LNAPolitik

Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang

PAHANG, 28 November 2022 – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut...

AMMY LNAPolitik

Janji Adam Adli

Adam Adli yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) komited untuk...