Politik @ My LNA

Kenyataan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan adalah fitnah – Ahmad Munzirie

329

28 September 2022 – Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Teluk Intan menyelar kenyataan yang dibuat oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Teluk Intan, Azhar Rafiei yang mendakwa Pakatan Harapan adalah gabungan politik anti Islam.

Dalam satu kenyataan, Ketua AMANAH Kawasan Teluk Intan, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir berkata pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut sangat jahat dan merupakan fitnah yang besar.

“Kenyataan sedemikian adalah bukti Pas tidak pernah ‘insaf’ dengan sikap dan budaya takfiri, iaitu mengkafirkan pihak yang bukan dari kalangannya. Tuduhan yang dibuat kepada Pakatan Harapan ini pernah dilabel kepada UMNO dan BN suatu ketika dahulu, namun kini PAS boleh bersahabat dan bersekongkol dengan parti itu.

Kami menyifatkan kenyataan sedemikian sangat jahat kerana mendakwa sesuatu pihak itu adalah anti Islam, sedangkan di dalam Pakatan Harapan mempunyai parti yang disertai oleh orang Islam. Ia sangat merbahaya dan boleh menggugat keharmonian kaum dalam negara ini.

Justeru, kami menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu kenteraman awam seperti ini. Kami juga mendesak Pas memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.” kata Ahmad Munzirie.

Tambahnya AMANAH juga akan membuat tindakan susulan berhubung kenyataan jahat ini, budaya memfitnah ini tidak wajar dibudayakan di dalam negara itu.

“Kepada Azhar Rafiei, sewajarnya anda bermuhasabah dengan nasib yang dihadapi oleh ramai pemimpin Pas yang dihukum oleh mahkamah kerana memfitnah.” kata Ahmad Munzirie.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Apa hala tuju UMNO Selangor?

Oleh : Tengku Zafrul Semasa Majlis Iftar Ramadhan & perasmian secara serentak...