AMPengguna @ My LNA

Kad NFC dijual lima kali ganda mahal dalam talian : Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP akan bertemu syarikat TnG

142

28 September 2022 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa wujud penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) di beberapa platform pasaran dalam talian sejak kebelakangan ini, dengan harga yang berlipat kali ganda. Platform tersebut merupakan saluran yang berlainan dari yang dihebahkan kepada orang ramai sebelum ini iaitu secara datang terus ke premis stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian, menggunakan aplikasi TnG.

Kata Alexander bagi tempoh dari April hingga 25 September lalu, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC, selain mengesan 13 iklan jualan membabitkan beberapa platfrom dalam talian.

Katanya berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes sama.

“Berdasarkan siasatan awal, kes penjualan kad NFC turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak. Individu berkenaan didapati menjual sekeping kad NFC yang asalnya berharga RM10 (tanpa ada sebarang kredit di dalamnya) pada kadar lebih lima kali ganda, menerusi platform pasaran dalam talian.

Pasca pemeriksaan awal, sebanyak enam notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dikeluarkan kepada pihak terbabit, yang antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas.” kata Alexander.

Tambahnya Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP dan pengurusan kanan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG, yang dijangka berlangsung minggu ini.

“Pertemuan berkenaan antara lain bertujuan untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna.” kata Alexander.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...