Pendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

Mengapa MCA,MIC,GPS dan GRS Masih Berdiam Diri dan Terus Menyokong PAS Yang Rasis dan Ekstremis Dalam Kerajaan?

85

Oleh Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan

Presiden PAS Abdul Hadi Awang nampaknya telah menambah buruk selaran beliau yang bersifat perkauman dan ekstremis dengan enggan menarik balik naratif palsunya bahawa orang bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca kepada semua rasuah di Malaysia dan menambah komponen baharu bagi perpaduan nasional. Dalam catatan Facebook terbarunya Hadi menambah bahawa perpaduan umat Islam perlu diutamakan, sebelum penyertaan orang bukan Islam yang tidak ekstrem.

Perpaduan negara harus menjadi keutamaan di kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan bukan hanya mengutamakan umat Islam. Mengapa MCA,MIC,GPS dan GRS masih berdiam diri dan terus menyokong PAS yang rasis dan ekstremis dalam kerajaan?

Lebih teruk, PAS secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk mempunyai Perdana Menteri sendiri. Seorang Perdana Menteri PAS akan memecahbelahkan Malaysia dan menimbulkan senario mimpi ngeri bagi orang bukan Islam dan bukan bumi, kerana dia tidak akan menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia tetapi hanya untuk orang Islam. Sehingga kini, MCA, MIC, GPS mahupun GRS tidak menyatakan secara terbuka bahawa mereka menentang PAS dalam kerajaan dan cita-cita mereka untuk meletakkan salah seorang daripada mereka sebagai Perdana Menteri?

Menggunakan Ekstremisme Dan Perkauman Untuk Menutup Kegagalan Ekonomi

PAS tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri apabila Presidennya Abdul Hadi telah mengamalkan pendirian anti bukan Islam, dengan sebelum ini menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak sepatutnya memegang jawatan kanan Kabinet, menyalahkan orang bukan Islam dan bukan Melayu kerana mengancam kuasa politik orang Melayu apabila semua jawatan tertinggi kerajaan dipegang oleh orang Melayu atau orang Islam, berbohong bahawa PH didominasi oleh orang bukan Islam yang anti Islam dan anti Melayu dan berbohong lagi bahawa PH memenangi pilihan raya umum 2018 melalui pengkhianatan, melabel mereka yang menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai mempunyai pemikiran penjajah, dan campur tangan dalam acara kebudayaan orang bukan Islam dengan mahu mengharamkan konsert hiburan dan Oktoberfest serta Bon Odori walaupun tiada upacara keagamaan diadakan. PAS menggunakan ekstremisme dan perkauman untuk menutup kegagalannya menawarkan sebarang penyelesaian bagi masalah ekonomi negara dan cabaran rasuah. Inilah punca Kelantan menjadi negeri termiskin di Semenanjung Malaysia selepas lebih 30 tahun PAS memerintah. Tanpa peluang ekonomi, rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain dan Singapura untuk mencari peluang pekerjaan, manakala Kelantan mengalami masalah pengurusan krisis yang lemah dalam isu banjir, tadbir urus yang buruk malah tidak dapat menyediakan bekalan air paip bersih kepada rakyatnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

BERSIH Selar Pengumuman Peruntukan Terpilih Kerajaan di Kuala Kubu Bharu

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jarak bukan penghambat kemesraan Aidilfitri

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob Hari Raya Aidilfitri merupakan...