Home AM Kelestarian Pendidikan, capaian Internet dan kestabilan politik antara diutarakan menerusi Idea Bina Negara
AMBeliaKHASz10

Kelestarian Pendidikan, capaian Internet dan kestabilan politik antara diutarakan menerusi Idea Bina Negara

Mahasiswa dan golongan muda Keluarga Malaysia diberi ruang untuk menyampaikan idea bagi pembangunan masa depan negara atau melontarkan segala pemasalahan yang dihadapi mereka kepada kerajaan melalui platform Idea Bina Negara.

Dato’ Dr. Zuraidi Ishak, juga merupakan Ketua Pengarah di Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), mengajak rakyat khususnya para belia dan mahasiswa di negara ini yang mempunyai idea dan kepakaran dalam semua bidang bagi perangkaan Belanjawan 2023.

Beliau berkata demikian ketika di wawancara dalam program Bicara Naratif yang disiarkan oleh RTM di TV 1 pada 26 September lalu.

Katanya, pembabitan anak muda dalam menyampaikan dan berkongsi idea mengenai pembangunan Malaysia, secara tidak langsung ia akan memupuk semangat cintakan negara. Sehingga kini sebanyak 8 buah kolej matrikulasi dan lebih 12000 orang telah memberikan pandangan mereka mengenai Program Idea Bina Negara.

Antara lain objektif program yang mensasarkan anak muda yang berusia di antara 15 hingga 20 tahun, antaranya adalah ingin tahu apakah keinginan, halangan dan bagaimana pihak kerajaan untuk menangani kehendak anak-anak muda yang akan menjadi pemangkin negara di masa hadapan, tambahnya.

Program itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 4 Oktober ini yang turut disertai 4200 orang pelajar. Pelbagai aktiviti telah disusun demi aspirasi melahirkan anak muda yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berjiwa patriotik, katanya.

Bagi Rasydan Mohd Hassan selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpendapat bahawa suara generasi masa kini harus di ambil berat di dengar dan dilihat meskipun ianya di luahkan di platform media sosial.

Isu penempatan pelajar di mana-mana IPTA bukanlah isu baru malah ianya telah berlarutan sejak sekian lama, tanpa ada sebarang solusi daripada pihak IPTA itu sendiri mahupun pihak kerajaan. Maka dengan adanya IBN ini, saya berharap perkara ini akan diselesaikan sebaik mungkin, ujarnya.

Selain itu, isu pendidikan, capaian Internet lebih baik, akses kepada pendidikan dan kestabilan politik antara perkara diketengahkan kepada kerajaan menerusi platform Idea Bina Negara.

Akses kepada pendidikan antara elemen perlu dititikberatkan kerajaan dalam pembinaan negara demi masa depan generasi muda. Begitu juga dengan kos sara hidup serta pekerjaan yang mendepani anak muda ketika ini, tambahnya.

Idea Bina Negara adalah platform yang memfokuskan kepada mahasiswa dan golongan muda Keluarga Malaysia untuk menyampaikan idea bagi pembangunan masa depan negara atau melontarkan segala pemasalahan yang dihadapi mereka kepada kerajaan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMJENAYAHMY LNA

OP Soga IX benteras aktiviti perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan...

AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat sedikit

29 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMMY LNA

Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan...

AMMY LNAPolitik

Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar

28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal...