AMPendidikan @ My LNA

Fakulti Bahasa & Linguistik dan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya sambut ulang tahun Jubli Emas

300

KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2022 – Fakulti Bahasa & Linguistik dan Fakulti Pergigian  dengan julung kalinya menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Majlis Santapan Malam Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas Fakulti Bahasa & Linguistik dan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dihadiri oleh tetamu khas, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti Malaya.

Majlis Santapan Malam Diraja tersebut diadakan sebagai satu simbolik kepada Universiti Malaya bagi mengenang sejarah penubuhan Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Fakulti Pergigian yang bermula pada tahun 1972 di Universiti Malaya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah beberapa Duta di Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Naib Canselor Universiti Malaya, pensyarah dan alumni bagi kedua-dua fakulti iaitu Fakulti Bahasa dan Linguistik & Fakulti Pergigian.

Acara kemuncak majlis ini adalah penyampaian Anugerah Ikon untuk Fakulti Bahasa dan Linguistik & Fakulti Pergigian yang mana anugerah tersebut akan disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti.

Penerima Anugerah Ikon bagi Fakulti Pergigian adalah YBhg. Kapten Dato’ Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob. Pemilihan YBhg. Kapten Dato’ Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob sebagai penerima Anugerah Ikon ini adalah setelah mengambil kira pencapaian dan kedudukannya berbanding calon-calon yang lain yang pernah berkhidmat di Fakulti Pergigian. YBhg. Kapten Dato’ Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob pernah menjawat jawatan sebagai Naib Canselor di lima buat universiti iaitu Universiti Malaya, International College of Nursing, Kuala Lumpur Metropolitan University College, Quest International University Perak dan Meritus University Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya dan juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya pada tahun 1987-1989, dan 1994-2001.

Selain daripada itu, beliau adalah felo Royal College of Surgeons of England, Felo Royal College of Pathologist of United Kingdom, Felo Pengasas Australasian Royal College of Pathologist of Australia, Felo Akademi Sains Malaysia, Chartered Member Institute of Biology United Kingdom. Minatnya yang mendalam dalam bidang sastera dan seni telah dimanfaatkan melalui penerbitan lima buah antologi puisi iaitu Air Penawar Sekacang Kelat, Air Manik Astagina, Misi Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Aku Hanya Mahu Ke Seberang (memenangi hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2001/2002) Beliau adalah juga seorang pelukis dan Dalang Wayang Kulit.

Manakala penerima Anugerah Ikon Fakulti Bahasa dan Linguistik pula ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hjh. Asmah binti Haji Omar. Beliau merupakan pengasas Pusat Bahasa Universiti Malaya yang mana hari ini dikenali sebagai Fakulti Bahasa dan Linguistik. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pusat Bahasa dari tahun pertama penubuhan iaitu 1972 sehingga 1995 dan jawatan dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik dari tahun 1995 sehingga 2000. Beliau menerima Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang ‘General Linguistics’.

Pada tahun 2000, Dato’ Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia. Beliau juga merupakan pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa serta Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba   dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik, beliau juga terkenal sebagai penulis prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu. Penyelidikan utamanya termasuklah huraian bahasa-bahasa Aslian, khususnya bahasa Kentakbong (BalingKedah) dan bahasa Mah Meri (SepangSelangor) serta sosiolinguistiketnolinguistik, dan linguistik sejarah Dunia Melayu.

Bagaimanapun, bidang penyelidikannya tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia. Beliau juga menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa-bahasa tersebut tetapi dua pencapaiannya yang terutama daripada segi ini merupakan The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (Bahasa Iban Sarawak: Huraian Kenahuan), merupakan sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada University of London pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981 dan The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (Orang Melayu Malaysia dan Bahasa-bahasanya).

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...