AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Annuar Musa ketuai Delegasi Malaysia di ITU PP22

88

25 September 2022 – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa berkata beliau selaku Ketua Delegasi Malaysia di Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) (International Telecommunication Union Plenipotentiary Conference 2022) yang diadakan di Bucharest, Romania akan terlibat dalam beberapa mesyuarat dan sesi perbincangan dua hala bersama-sama negara luar berhubung perkara berkaitan telekomunikasi, ekonomi digital, radio serta regulatori berkenaan peranan dan sumbangan Malaysia dalam sektor itu.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, beliau akan menyampaikan ucapan semasa Sesi Khas Menteri (Ministerial Roundtable) pada hari ini 25 September 2022 dan juga menyampaikan kenyataan polisi (policy statement) semasa Sesi Plenari pada 27 September 2022.

“ITU PP22 kali ini amat istimewa dan signifikan bagi Malaysia, kerana kita akan bertanding untuk memenangi kerusi Ahli Majlis ITU di bawah Wilayah E (Asia dan Australasia) bagi penggal 2023-2026. Justeru, selain akan menganjurkan Majlis Resepsi pada 29 September 2022, saya dan delegasi Malaysia akan menggunakan ruang yang ada sepanjang berada di sini, bertemu dengan rakan sejawatan dan delegasi dari negara-negara ahli ITU bagi meraih sokongan dan undian agar Malaysia memenangi kerusi Ahli Majlis ITU.

Penglibatan Malaysia secara langsung dalam Persidangan ITU PP22 dan sebagai Ahli Majlis ITU akan memberi impak yang besar terhadap kepakaran tempatan yang dapat dimanfaatkan melalui program-program pembangunan telekomunikasi dan ICT oleh ITU, khususnya kepada pemain industri dalam sektor telekomunikasi dan ICT tempatan di Malaysia yang akan menerima impak positif melalui polisi Kerajaan yang tersusun, termasuklah peluang meneroka teknologi terkini, dan seterusnya
memberikan perkhidmatan yang unggul kepada Keluarga Malaysia.” kata Annuar.

Tambahnya turut bersama-sama beliau ke ITU PP22 ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM); Ma. Sivanesan, Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Duta Malaysia ke Romania; TYT Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, serta wakil daripada penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia seperti Telekom Malaysia, Maxis, Digi dan MEASAT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...