Pendidikan @ My LNAPolitik @ My LNA

JKPPH dakwa Menteri Kanan Pendidikan gagal selesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan

95

24 September 2022 – Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) memaklumkan bahawa setelah mendengar dan meneliti ucapan Menteri Kanan Pendidikan di dalam acara Wadah Asprirasi Menteri Kanan Pendidikan pada 23 September 2022, Menteri tersebut gagal menyelesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan.

“Sambil menekuni dua usaha iaitu menambah pengambilan guru dengan skala besar dan mempermudahkan urusan pertukaran guru dalam sistem sedia ada dilihat sebagai pencapaian membanggakan yang telah dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan dan pasukannya, JKPPH beranggapan ada banyak masalah utama yang berlaku dalam sistem pendidikan gagal diselesaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan.

Antara isu utama yang mengakar dalam pendidikan adalah pemansuhan UPSR dan PT3 yang beralih kepada Pentaskiran Berasaskan Bilik Darjah(PBD). Ternyata sehingga hari ini arah tuju yang ditetapkan oleh KPM masih kabur dan merencatkan proses pendidikan di sekolah. Malah melemahkan motivasi murid.

Selain itu, guru-guru yang terus dibebani tugas bukan mengajar yang semakin bertambah masih belum diatasi oleh pihak KPM sedangkan isu ini sering dibangkitkan oleh guru-guru.” kata JKPPH dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, isu itu wajar diselesaikan segera oleh guru-guru memandangkan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru boleh melemahkan prestasi guru ketika mengajar.

“Akhirnya, menjadi agenda utama JKPPH bahawa semua murid layak dan harus mendapat pendidikan yang sewajarnya, namun KPM masih berdiam diri dan tiada sebarang perancangan besar untuk mengatasi keciciran murid dalam pendidikan.

Justeru JKPPH beranggapan Menteri Kanan Pendidikan gagal menyelesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan sedangkan hampir kesemua masalah yang dibangkitkan oleh JKPPH sedang diselesaikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu pada tahun 2018 sehingga 2020.” katanya.

JKPPH dianggotai oleh Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam, KEADILAN), Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN), Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP), Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN), Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP), Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Kad MySiswa dokong Agenda Pemerkasaan Mahasiswa

PERLIS 23 Mac 2024 – Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr....