AMPendapat @ My LNA

Diundang ABIM Jadi Pembicara, Tokoh Muslim Berpengaruh Prof Dr Azyumardi Azra Meninggal Dunia Di Malaysia

68

Oleh ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Prof Dr. Azyumardi Azra, tokoh Muslim berpengaruh dari Indonesia yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 18hb September 2022 di Hospital Sedang.

Almarhum telah tiba di Malaysia pada Jumaat 16hb September bagi mengisi Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sebagai salah seorang panel sempena Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke-51. Beliau bagaimanapun dikejarkan ke Hospital Serdang dan disahkan dijangkiti Covid-19.

Sumbangan beliau dalam penulisan ditandai dengan penglibatan beliau di majalah Panji Masyarakat. Kajian beliau paa peringkat PhD yang menjurus kepada hubungan ulama’ Nusantara khususnya Indonesia dengan ulama’ Asia Barat membuktikan bahawa dunia Melayu turut terkait dengan perkembangan dunia Islam secara menyeluruh.

Beliau mengkaji pemikiran Islam dalam masyarakat dan hubungannya dengan Timur Tengah bagi Abad ke-17 hingga 19, Sebagai seorang sarjana yang dilatih di Barat dan dengan pengetahuan sejarah Islam tempatan yang mantap, Almarhum sering diundang untuk membicarakan pelbagai tajuk berkaitan dengan masyarakat Islam dalam pelbagai wacana akademik yang diadakan di Malaysia.

Tulisan-tulisan beliau begitu dekat dengan pergolakan masyarakat, membuatkan ideanya mudah dicerna dan dihargai oleh masyarakat. Pandangan beliau sentiasa dinanti oleh umat Islam. Beliau merupakan Ketua Dewan Pers Indonesia, satu organisasi yang terkait untuk melindungi kebebasan bersuara terutamanya bagi golongan wartawan di Indonesia. Organisasi ini juga berperanan selaku penasihat kepada Kerajaan Indonesia berkaitan media.

Hubungan beliau amat akrab dengan ABIM dari dulu hingga sekarang. ABIM merupakan antara organisasi yang paling awal mengundang Almarhum dalam pelbagai persidangan yang diadakan. Ditakdirkan, Almarhum kembali ke rahmatullah ketika ingin menghadiri persidangan anjuran ABIM sempena Muktamar Sanawi ke-51 yang diadakan pada hari Sabtu.

Presiden dan pimpinan ABIM turut hadir memberikan sokongan serta ucapan simpati-takziah kepada isteri dan anak Almarhum, Ibu Ipah Farihah dan Sdra. Firman yang berada di Hospital Serdang.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...