Politik @ My LNA

Teresa failkan notis kebankrapan kepada Jamal Yunos

120

18 September 2022 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memaklumkan bahawa beliau memfailkan notis kebankrapan kepada Jamal Yunos yang gagal membayar gantirugi saman fitnah RM351,479.45 kepadanya seperti apa yang diarahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Jelas Teresa, beliau telah memfailkan sut saman fitnah terhadap Jamal Yunos pda 6 April 2017, kerana Jamal Yunos menuduhnya menyelewengkan RM2 juta dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

“Pada 26 Julai 2022, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Arief Emran Arifin membuat keputusan
yang mengarahkan Jamal Yunos untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 300,000 kepada saya dalam tempoh 14 hari berserta kos tindakan sebanyak RM 50,000.

Sehingga hari ini, saya masih belum terima apa-apa wang ganti rugi dan kos daripada Jamal Yunos. Jumlah keseluruhan ganti rugi dan kos tindakan berserta faedah penghakiman yang terkumpul daripada 26 Julai 2022 sehingga 30 Ogos 2022 adalah berjumlah RM 351,479.45.

Justeru, saya mengarahkan peguam saya Tetuan S.N Nair & Partners memfailkan notis kebangkrapan terhadap Jamal Yunos atas sebab sikap mengambil remeh dan tidak acuh oleh Jamal Yunos.” kataya.

Tambah Teresa, sekiranya Jamal Yunos masih tidak mematuhi permintaan-permintaan notis kebankrapan tersebut, langkah perbicaraan kebangkrapan akan dijalankan terhadapnya dan beliau boleh diisytiharkan sebagai seorang bankrap pada akhir perbicaraan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....