AMGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

BUSANA TRADISIONAL ETNIK ERA 60-AN MEWARNAI NUANSA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN

393

BANDA HILIR, 16 September 2022 – Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Majlis dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam; Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Utama Ismail Sabri bin Yaakob; Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan mewakili Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan; dan Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Sambutan berlangsung penuh meriah dan berwarna-warni dengan kehadiran tetamu serta pengunjung pelbagai kaum yang berbusana tradisional dan era 60-an menyerikan lagi acara bersejarah ini. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash, Alena Murang, Ernie Zakri, Jimmy Palikat, Nikki Palikat, Ricky Andrewson, Iwere, Kenny Lee dan Radhi P. Ramlee.

Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan yang julung kali diadakan di negeri Melaka ini menampilkan keunikan dan kelainan tersendiri iaitu

1.KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Tetamu Kehormat Utama serta dif-dif kehormat menaiki 16 beca diiringi 30 basikal dan 15 motor vespa daripada rombongan Kelab Vespa, Kelab Basikal Tua dan Beca dengan berpakaian ala 60-an dan iringan lagu-lagu era 60-an.

Di samping itu, turut dipaparkan sepanduk bertulisan jawi dan rumi ejaan lama, pasukan homeguard lelaki dan wanita serta Pancaragam Bagpipe Henry Gurney.

2.BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA

Lafaz ikrar Rukun Negara dibacakan oleh Tokoh Budaya negeri Melaka dan Tokoh Guru, YBrs. Tuan Haji Abd. Rani Embi diiringi 14 orang mewakili kepelbagaian etnik iaitu Melayu, Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak, Baba Nyonya, Sikh, Chetti, Portugis dan Orang Asli.

3.PERSEMBAHAN PEMBUKAAN: CATATAN MALAYSIA (PERSEMBAHAN VISUAL DAN GERAK)

Selain itu turut diadakan persembahan gerak, visual dan narator oleh pelakon veteran Shaharudin Tambi yang menggambarkan sejarah pembentukan negara Malaysia berkonsepkan patriotisme, imbas kembali, teatrikal dan muzikal. Naratif penceritaan mengisahkan penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan penglibatan tokoh-tokoh yang terlibat dalam pembentukan Malaysia ditayangkan dalam bentuk infografik dan pantomin.

4.UPACARA MENANDATANGANI BUKU WATIKAH PENGISYTIHARAN

Upacara menandatangani Buku Watikah Pengisytiharan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Utama Ismail Sabri bin Yaakob; Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan mewakili Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan; dan Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah mewakili YAB Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

5.PERSEMBAHAN KHAS ‘DARI ROBOHAN KOTA MELAKA, KITA DIRIKAN NEGARA MERDEKA’

Segmen 1: Pahlawan Bangkit ‘Bahang Nasionalisme Tanah Air Kita’

Konsep Pahlawan Pejuang Bangsa: Gambaran Perjuangan Pahlawan Bangsa oleh sebahagian tokoh perjuangan kebangsaan yang menentang kolonialisme seperti Rentap, Mat Saleh, Dol Said, Tok Janggut, Mat Kilau dan Datuk Maharajalela.

Segmen 2: Jejak Merdeka

Konsep pengisytiharan merdeka di Melaka dan diorama perarakan masuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama-sama kereta antik serta rombongan diiringi lagu Bahtera Merdeka oleh Ernie Zakri, lagu medley Dondang Sayang Merdeka Kita dan Joget Malaysia oleh Sazali, Aien, Othman, Dayang dan Fitri.

Segmen 3: Malaysia Kita (Lambaian Bayu dan Sayap Kenyalang)

Konsep penceritaan bermula dengan diorama Pahlawan Datu Mat Salleh menunggang kuda memimpin pasukannya menentang penjajah berserta monolog. Seterusnya, gambaran penyertaan Sabah yang mewarnai pembangunan serta turut sama meraikan kepelbagaian dan kebersamaan dalam memajukan Malaysia.

Di samping itu, persembahan diorama Pahlawan Rentap muncul berdialog dan seterusnya ke era selepas kolonial Sarawak terus gemilang serta menonjolkan lagi kekuatan rakyat dalam pembangunan ekonomi yang mampan.

Segmen 4: Teguh Banjaran Titiwangsa

Tunku Abdul Rahman mengimbau kisah perjuangan pembentukan Malaysia dalam monolog menggambarkan kesatuan dalam kepelbagaian etnik di Semenanjung yang turut bersama-sama rakyat meraikan kemakmuran dan kejayaan negara.

Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen penyiar iaitu RTM, Bernama TV, TV3, Astro AWANI, TV Alhijrah dan Suke TV serta Facebook live Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), Jabatan Penerangan Malaysia dan Merdeka360. K-KOMM merupakan Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...