15 September 2022 – Acara Lafaz Ikrar Rukun Negara terbesar sempena Majlis Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2022 telah diadakan pada hari ini. Ia merupakan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Menurut KPT, Acara Lafaz Ikrar Rukun Negara tersebut diketuai oleh Pegawai Kadet Mohamad Norizzaini bin Norizam, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPNM dengan diiringi oleh 50,000 pelajar IPT dari seluruh negara secara hybrid.
Tambah KPT, ia mencatat sejaranh Malaysia Book Of Records Lafaz Ikrar Rukun Negara terbesar.
“Manakala Lafaz Ikrar Rukun Negara diiringi oleh 31 orang Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Brass Band Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bertemakan “Mahasiswa Patriotik Keluarga Malaysia”, sambutan ini amat relevan dan signifikan pada masa ini bagi menyuntik nilai patriotik, jati diri dan semangat bangga dan sayangkan tanah air dalam kalangan mahasiswa yang merupakan legasi dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.” kata KPT.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menyeri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan dengan diiringi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
- BK8 News Is The New Title Sponsor Of Gresini Racing MotoGP: Let’s Get Started
- China CITIC Bank International and Hong Kong Airlines to launch co-branded Mastercard® card
- Turning Losses into Profits: AI Drives Significant Revenue Growth for IGC
- Hong Kong’s 2025-26 Budget Advances Innovation and Technology
- Spackman Entertainment Group Returns To Profitability, Posting US$3.52 Million In Total Comprehensive Income For FY2024
Leave a comment